Umno Sabah juga selar Ketua Pemuda PPBM

KOTA KINABALU: Umno Sabah turut masuk tangan dalam kontroversi dakwaaan Ketua Pemuda PPBM Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal bahawa Umno bukan lagi kuasa besar dalam politik negara.

Ahli Parlimen Kimanis Mohamad Alamin berkata walaupun Wan Fayhsal berhak untuk memberi pandangan, beliau tidak patut bercakap mengenai kekuatan parti lain.

“Dia sekarang budak PPBM bukan Umno. Bagaimana dia boleh buat penilaian ke atas kekuatan Umno? Hanya ahli Umno yang setia boleh menilai kekuatan parti,” katanya kepada FMT.

Bagi beliau , Wan Fayhsal tidak jujur dalam menjemput Umno bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum akan datang kerana “jemputan” dibuat pada masa sama cuba menggambar Umno parti yang sudah hilang sokongan.

“Jika dia mahu menyatukan semua parti dia mesti mengakui kekuatan Umno. Jangan cakap zaman dominasi Umno sudah berlalu. Hakikatnya sokongan untuk Umno terus berkembang.

“Kalau kamu ingin parti Muslim Bumiputera bersatu, hormati kekuatan masing masing, jangan jadi hipokrit”.

Wan Fayhsal, yang juga timbalan menteri belia dan sukan, dilapor berkata zaman Umno sebagai parti dominan sudah berakhir dan senario politik sekarang menuntut semua parti bekerjasama.

“Jika kita tidak bekerjasama kita semua akan rugi dan mungkin kalah pada PRU-15. PPBM masih berharap Umno akan kekal bersama Perikatan Nasional bagi mengelakkan pertandingan tiga penjuru”, kata beliau seperti dilapor Utusan Malaysia.

Kenyataan itu mencetus reaksi pemimpin Umno termasuk bekas perdana menteri Najib Razak dan Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz .

Sementara itu Ketua Pemuda Umno Sabah Abdul Aziz Julkarnain dengan sinis “bersetuju “ dengan hujah Wan Fayhsal kemungkinan Umno, PPBM dan PAS kalah PRU15 jika tidak bekerjasama.

Sambil menonjolkan isu pengagihan kerusi Aziz berkata masalah yang jelas ialah PPBM mahu bertanding kerusi tradisi Umno.

“Ya – Wan Fayhsal tahu PPBM akan lesap jika mereka tamak untuk mendapatkan kerusi. Cari kerusimu sendiri dan kami akan sokong. Jika mereka bertanding di kerusi lain tentu kami sokong, cuma jangan bercanggah ketika pengagihan kerusi”.

Abdul Aziz juga menolak anggapan Wan Fayhsal kononnya zaman Umno sudah berlalu sambil berkata rakyat masih memerlukan parti itu.

“Perjuangan Umno jauh daripada berakhir. Selagi ada rakyat yang memerlukan pembelaan, kami akan akan bersama mereka. Tidak ada siapa yang akan dicicirkan.

“Jika PPBM tidak boleh terima hakikat ini kita akan hadapi isu besar. Mudah sahaja,” katanya.-FMT

Wan Fayhsal timbalan menteri yang tiada kualiti

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker