Sidang Parlimen : UMNO sambut baik titah Agong



Sebaran :


UMNO menyambut baik titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang menzahirkan pandangan bahawa Dewan Rakyat (Parlimen) boleh kembali bersidang.

Naib Presidennya, Tan Sri Mohamed Khaled Nordin berkata, semua Ahli Parlimen, tidak kiralah dari pihak kerajaan mahupun pembangkang diminta mengambil ruang dan peluang ini untuk kembali bersidang.

“Bahaskanlah secara serius serta objektif akan jalan keluar dari segala kemelut ekonomi dan kesihatan awam yang sedang kita hadapi ini.



“Ini adalah peluang terbaik untuk semua Ahli Parlimen membukti dan mengembalikan kekuatan Parlimen sebagai medan sebenar suara rakyat,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Pada masa sama katanya, semua Ahli Parlimen turut digesa untuk menghentikan pergeseran ideologi politik dan perebutan kuasa bagi mencari jalan keluar dari segala kemelut yang dihadapi ketika ini.

Beliau secara peribadi menjunjung setinggi-tinggi kasih atas keprihatinan Yang di-Pertuan Agong dalam hal ini.



“Manfaatkanlah ruang ini (sidang Parlimen) untuk memberikan kepimpinan terbaik kepada masyarakat dan negara.

“Semoga amalan demokrasi berparlimen negara ini akan terus matang dan kita semua akan mendapat manfaat yang selayaknya,” ujarnya. K ONLINE.


Sebaran :


Leave a Reply