MALANG TAK BERBAU – , SISSY IMANN JATUH KUDA BERSYUKUR TIADA KECEDERAAN SERIUS

 

“Hari ini merupakan pengalaman pertama saya menunggang kuda untuk sebuah program TV. Sejujurnya saya agak takut dan gementar, saya tidak mahu lakukannya tapi kuda itu baik dengan saya selepas beberapa pusingan memanaskan badan.

“Tapi Allah nak hapuskan dosa rasa-rasanya hari ini, masa dalam perjalanan naik bukit… kuda itu tiba-tiba buat pusingan semula dan turun bukit dengan kelajuan penuh.

“Memang literally rasa la kuasa kuda. Dalam hati memang berkali-kali lafaz syahadah dan saya menjerit sebab kuda tu turun bukit dengan laju. Akhirnya, saya pun terlambung jatuh ke sebelah kanan kuda bila dah sampai ke bawah.

“Nasib tak kena pijak kuda, cuma rasa la kaki kuda atas badan kita. Dah pergi klinik x-ray, so far doktor kata tak ada patah atau retak, bones are all fine Alhamdulillah cuma lebam dan luka calar-calar sana sini sebab terhentak jatuh but I swear to God it is so painful.

Image_2.jpg

“Jadi doktor cucuk pain killer sebelum buat x-ray tadi sebab saya memang tak boleh baring langsung. Now I’m resting at home. Jalan pun orang kena papah, nak baring pun sakit.

“Satu pengalaman yang trauma setiap kali saya pejam mata, situasi dan perasaan turun bukit serta tercampak berulang kali bermain dalam fikiran saya,” kongsi penyanyi dan pengacara Sissy Imann yang terjatuh ketika menunggang kuda buat kali pertama untuk rakaman sebuah program TV pada Rabu.

Sissy atau nama penuhnya Sissy Imann Mohammad Kamil, 26, menerusi Instagram miliknya memberitahu insiden itu berlaku ketika dia dalam perjalanan menaiki bukit dan secara tiba-tiba kuda yang ditunggang itu membuat pusingan semula dengan kelajuan penuh.

Image_3.jpg

Akibat gagal mengawal kuda tersebut, penyanyi lagu ‘Pesanan Ayahanda’ ini hanya mampu menjerit ketakutan apabila dia dilambung sebelum terjatuh. Sissy turut memuat naik paparan skrin imbasan x-ray yang menunjukkan bahagian tulang belakangnya di Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Sissy meluahkan rasa syukur dirinya tidak mengalami kecederaan yang serius biarpun badannya terhentak dengan kuat. Menurut Sissy, dia kini sedang berehat di rumah dan menganggap insiden tersebut merupakan satu pengalaman yang membuatkan dia berasa trauma.

Sementara itu, Sissy turut memohon doa daripada orang ramai agar dia diberikan kesembuhan dan berharap ibu bapanya berhenti menyalahkan diri mereka disebabkan insiden yang berlaku.

Rata-rata netizen dan rakan selebriti antaranya Siti Elizad, Neeta Manis, Haneesya Hanee, Yaya Zahir serta Wani Syaz turut mendoakan agar Sissy cepat sembuh.

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Image_6.jpg

Image_7.jpg

Gaya Rihanna tak jadi, Sissy Imann dikecam

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker