Azmin pengerusikan mesyuarat pilihan raya PN
Perikatan Nasional (PN) mengadakan mesyuarat melalui jabatan pilihan raya gabungan itu yang dipengerusikan anggota Parlimen Gombak, Azmin Ali, di Putrajaya, malam tadi.
Azmin berkata mesyuarat itu berlangsung dengan kehadiran semua pengarah pilihan raya parti-parti PN.
“Mesyuarat menetapkan untuk memperkukuh kerjasama utuh melalui gerak kerja pilihan raya demi menjana dukungan rakyat,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.
Melalui gambar yang dikongsi di media sosial itu, turut kelihatan hadir Menteri Besar Kedah Mohamad Sanusi Md Nor yang mewakili PAS.
Sebagai rekod PN dianggotai Bersatu, PAS, Gerakan, STAR dan SAPP yang kini turut membentuk kerajaan persekutuan termasuk dengan sokongan anggota parlimen daripada BN.
Sementara itu Azmin yang juga menteri perdagangan antarabangsa dan industri berkata, struktur pilihan raya di peringkat negeri akan segera dibentuk.
“(Ia) dengan menampilkan citra PN yang mendakap prinsip kepelbagaian dan keharmonian,” katanya. Mk