Tribunal UMNO: Tun Faisal mohon tiga perkara


Tun Faisal Ismail Aziz sepatutnya tampil dihadapan Tribunal Lembagai Disiplin UMNO, hari ini.

Bagaimanapun kerana komitmen kerja, lembaga berkenaan bersedia menangguhkannya kepada 1 Mac depan.

Tun Faisal memaklumkan untuk membantu persiapan dan memberikan keadilan kepadanya, beliaujuga telah memohon tiga perkara daripada Lembaga Disiplin.

Tiga permohonan tersebut adalah senarai nama anggota tribunal, iaitu pengerusi dan anggota-anggotanya.



Permohonan kedua ialah nama pengadu atau nama UMNO Bahagian yang membuat aduan terhadap beliau dan apakah butiran aduan asal dan peraturan-peratuan yang didakwa telah beliau langgar.

Selain itu beliau yang merupakan Timbalan Ketua Bahagian Putrajaya meminta diberi kebenaran untuk membawa dua orang pengamal undang-undang untuk hadir sebagai pemerhati dan pihak yang boleh menasihatinya.

Tun Faisal juga pegawai media kepada Menteri Wilayah, Tan Sri Annuar Musa. SM

Lantang Hentam Presiden UMNO, Akhirnya SUA Menteri Wilayah Dipanggil Lembaga Disiplin



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker