Majlis Raja-Raja akan putuskan status fahaman “Ibu Yati”, kata Jakim
PUTRAJAYA: Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Abdul Aziz Jusoh berkata, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam sudah menyerahkan keputusannya mengenai status fahaman “Ibu Yati” yang dikatakan sesat untuk ditentukan Majlis Raja-Raja.
Katanya, perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-118 minggu lalu.
“Setakat ini, saya tidak boleh mendedahkan keputusan muzakarah dan kita tunggu keputusan Majlis Raja-Raja Melayu,” katanya selepas majlis penyerahan sumbangan Covid-19 dan pelepasan konvoi bantuan bencana pasca banjir ke Kelantan, oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zulkifli Mohamad.
Pada 2 Feb, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Fadzil Ahmat, dilapor berkata Jabatan Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman sedang menyiasat kes membabitkan seorang wanita yang dikenali sebagai Ibu Yati yang didakwa membawa fahaman sesat.
Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Nasrudin Hassan dilapor menasihatkan orang ramai tidak terpengaruh dengan fahaman itu yang didakwa menggunakan lafaz syahadah pelik.
Kes Ibu Yati: Kedangkalan cara berfikir dan keupayaan memahami asas pengetahuan – Dr Maza
menteri jaga agama Islam nampaknya lemah & patut ditukar orang lain
tak perlu sebenarnya serah pada Raja2 Melayu untuk buat keputusan