PAS sangkal dakwaan Umno agihan kerusi temui jalan buntu

PETALING JAYA: Proses masih berjalan dan belum selesai, itu kenyataan PAS menolak dakwaan Umno mengatakan agihan kerusi membabitkan gabungan Muafakat Nasional (MN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) mungkin menemui jalan buntu.

Naib Presiden Ahmad Samsuri Mokhtar berkata kepada pemberita, terlalu awal untuk mana-mana pihak membuat kesimpulan sedemikian.

“Pada saya tidak buntu cuma belum selesai dan tiada penamat lagi. Kita baru dua kali bertemu jadi untuk mengatakan sudah jalan buntu, bagi saya terlalu awal kerana perjalanan kita masih panjang,” katanya, menurut laporan Utusan Malaysia.

Perbincangan pengagihan kerusi, PAS – UMNO di Terengganu temui jalan buntu

Beliau meminta pemimpin utama parti tidak cepat berputus asa dan sentiasa berusaha mencari jalan penyelesaian terbaik.

“Pas tetap menaruh harapan agar kerjasama Perikatan Nasional (PN) antara parti itu, Umno dan PPBM dapat diteruskan pada PRU-15.

“Saya rasa insya-Allah langkah sudah diambil oleh kepemimpinan Pas, Umno, dan PPBM untuk turut mencari jalan,” katanya.

Pengarah Pilihan Raya Umno, Tajuddin Abdul Rahman, dilapor berkata perbincangan dengan sekutunya di Terengganu mungkin sudah menemukan jalan buntu, susulan PAS menolak cadangan parti itu mengenai pengagihan kerusi.

Umno Terengganu ulang pendirian tak bersama PAS dalam PRU15

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker