Singapura larang jual serbuk kacang Sing Long, dikesan ada toksin menyebabkan kanser

SINGAPURA: Semua produk serbuk kacang tanah bergula jenama Sing Long diarah ditarik balik selepas dikesan mengandungi toksin yang boleh menyebabkan kanser.

Agensi Makanan Singapura (SFA) berkata pihaknya mengesan bahan menyebabkan kanser pada kadar yang tinggi dalam produk terbabit.

Menurut laporan yang dikeluarkan, pemeriksaan berkala mendapati kadar aflatoksin dalam bungkusan 300 gram produk itu melebihi had maksimum yang ditetapkan.



Aflatoksin terhasil dalam makanan seperti kacang tanah akibat pencemaran kulat sebelum atau selepas dituai.

 

Resepi kuah kacang terlajak viral



Kata AFA, aflatoksin juga adalah bahan bersifat genotoksik dan karsinogenik, yang boleh merosakkan DNA serta mengakibatkan kanser dan risiko kewujudannya menerusi makanan harus dikurangkan.

“Pengilang produk terbabit, Sing Long Foodstuff Trading, sudah diarahkan menarik balik semua stok barangan itu manakala orang ramai yang sudah membelinya dinasihatkan jangan memakannya.

“Aflatoksin tidak dijangka menyebabkan masalah kesihatan serius jika termakan makan yang dicemari, namun mereka yang termakan diminta mendapatkan nasihat doktor jika masih risau,” katanya. – AGENSI



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker