Resepi kuah kacang terlajak viral

Kuah kacang pagi raya, boleh digunakan untuk mee rojak juga.

Wah, kuah kacang enak dimakan begitu sahaja!

Cuba bayangkan makan kuah kacang dengan nasi impit emmm, nikmatnya..

Tak semestinya kena tunggu raya baru boleh masak kuah kacang, sekarang pun boleh.

Resepi ini bukan sahaja boleh dihidangkan bersama nasi impit, boleh juga disajikan dengan mee rojak.

Apa yang menarik? Guna air fryer je!

Jom hasilkan kuah kacang macam air tangan mak!

Bahan yang diperlukan:

Bahan kuah kacang

500 gram kacang tanah berkulit
6-7 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
3cm halia
3cm lengkuas
3 batang serai
Segenggam udang kering
Gula merah
Cili boh (dikisar)
Minyak
Garam secukup rasa
Bahan mee rojak daging
Mee kuning
Kuah kacang
Telur rebus
Daging rebus
Timun
Tauhu

Cara penyediaan:

1. Masukkan kacang tanah berkulit, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, serai dan segenggam udang kering ke dalam air fryer.

Setting: Masak pada suhu 140° untuk 20 minit. Pausekan air fryer setiap 3 minit dan goncangkan kacang supaya semua bahan masak sekata.

2. Kisarkan bahan tersebut ke dalam blender sehingga menjadi cebisan halus.


3. Masukkan bahan yang telah dikisar ke dalam kuali bersama gula merah dan cili boh. Gaulkan air dan minyak sedikit demi sedikit. Gunakan api sederhana supaya dapat gaul bahan sehingga sebati.

4. Tutup api jika kuah sudah pekat dan perang.

Tip: Kepekatan untuk kuah kacang lebih pekat berbanding kuah mee rojak.

5. Celurkan mee kuning dalam air panas.

6. Hiris daging nipis-nipis dan rebus daging sehingga empuk.

7. Hidangkan bersama telur rebus, tauhu dan timun.

Haa, last sekali, jangan lupa sajikan bersama kuah kacang lazat!

Anda belajar resipi kuah kacang dah dapat percuma buat kuah mee rojak. Selamat mencuba

Resepi Sweet Corn paling sedap dan mudah, tak perlu beli lagi di luar

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker