Kes 852 Sekolah Ditutup, Kes 2936 Sekolah Dibuka? Ini Menteri Pendidikan Perlu Jawab – Najib Razak

 

Saya baca banyak komen-komen ibubapa yang tanya soalan ini:

“Kenapa sekolah diumum buka semula pada ketika situasi Covid lebih parah berbanding masa sekolah ditutup untuk melawan Covid?”



Pada 8 Nov 2020, Menteri Pendidikan umum sekolah seluruh negara terpaksa tutup susulan perlaksanaan PKPB dan situasi Covid yang membimbangkan.

Pada 8 Nov itu, kerajaan umum:
– 852 kes baru
– 11,689 kes aktif
– 2 kluster baru
– PKPB berkuat kuasa

Namun pada 19 Feb 2021 iaitu hari sekolah diumum buka semula, negara umum:
– 2,936 kes baru
– 36,797 kes aktif
– 13 kluster baru
– PKP berkuat kuasa.

Saya rasa ini soalan maut yang sukar untuk jawab.



Takkan nak jawab 2,936 kes baru dengan 13 kluster baru semasa PKP+Darurat dilaksanakan adalah kurang berbahaya berbanding 852 kes baru dengan 2 kluster baru semasa PKPB?

Namun, ada keperluan bagi Menteri Pendidikan menjawab untuk meredakan keadaan memandangkan ramai ibubapa yang bertanya sebab mereka bimbang dengan keselamatan anak-anak tersayang.

Selagi tidak dijelaskan kerajaan, selagi ibubapa bertambah bimbang dan marah menjelang 1 Mac.

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker