Covid-19: 2,461 jangkitan baharu, 8 kematian

 

Kuala Lumpur: Sebanyak 2,461 kes baharu Covid-19 dicatatkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes 280,272.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes sembuh pula adalah 4,782 kes menjadikan kumulatif kes sembuh 244,753.

Menurutnya, jumlah kes aktif kebolehjangkitan yang direkodkan sebanyak 34,468 kes.

“Semua 2,461 kes baharu hari ini adalah membabitkan penularan tempatan dan tiada kes import.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 1,589 kes membabitkan warganegara atau 64.6 peratus manakala 872 kes lagi bukan warga negara atau 35.4 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan media mengenai perkembangan terkini Covid-19, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak lapan kes kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kematian, 1,051 kes atau 0.37 peratus.

“Jumlah kes yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 207 kes manakala pesakit yang memerlukan alat bantuan pernafasan membabitkan 91 kes,” katanya.

Status ringkas:

Kes sembuh=4,782

Jumlah kes sembuh=244,753 kes

Kes baharu positif=2,461 kes

Jumlah positif=280,272

Kes kematian=8

Jumlah kes kematian=1,051 kes

Kes dirawat di ICU=207 kes

Bantuan Alat Pernafasan=91

Kes mengikut negeri:

Selangor (1001)

Kelantan (257)

Johor (233)

Kuala Lumpur (230)

Sarawak (134)

Sabah (109)

Perak (108)

Kedah (101)

Negeri Sembilan (89)

Pulau Pinang (87)

Pahang (42)

Melaka (32)

Terengganu (22)

Putrajaya (13)

Perlis (3)

Labuan (0)

Leave a Reply