2 maut nahas tiga kenderaan

 

MUAR: Dua lelaki maut dalam kemalangan membabitkan lori, pikap dan kereta di Jalan Bukit Pasir dekat sini, hari ini.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor berkata, dalam kejadian jam 9.29 pagi itu, dua mangsa yang menaiki pikap berumur 17 dan 68 tahun dan belum dikenal pasti identiti maut di tempat kejadian.

“Empat mangsa dalam kereta Proton Saga FLX yang berusia lingkungan 32 hingga 66 tahun dan tidak dapat dikenal pasti identiti terselamat tanpa kecederaan.

“Pemandu lori berusia 39 tahun pula hanya mengalami cedera ringan dan dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar untuk mendapatkan rawatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, seramai 23 anggota, dua jentera LFRT dan satu jentera EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pagoh dan BBP Muar dihantar ke tempat kejadian.

Leave a Reply