Minta PM letak jawatan, PPBM Muar buat laporan polis terhadap Puad

PPBM Muar akan membuat laporan polis terhadap pemimpin Umno, Puad Zarkashi, yang dituduh seolah-olah hendak “panjangkan lagi cerita” selepas Agong meminta ahli politik henti bermain politik.

Setiausaha Edzhar Jasmary berkata ketua bahagiannya akan membuat laporan polis terhadap ahli majlis tertinggi Umno itu petang ini, berhubung laporan memetik Puad sebagai menggesa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin meletak jawatan.

Katanya, Puad didakwa tidak patuh pada titah Agong.

“Puad sebelum ini masih menggesa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan, walaupun selepas Agong bertitah supaya hentikan “politicking”. Selepas titah Agong itu, dia masih tidak berhenti, seolah-olah hendak panjangkan lagi cerita,” katanya kepada FMT.

Sebelum ini, Puad dilaporkan menggesa Muhyiddin meletakkan jawatannnya susulan keputusan Agong menolak cadangan Putrajaya mengisytihar “darurat”.

Sebelum itu, Agong dalam titahnya menyatakan tidak ada keperluan buat masa ini untuk mengisytiharkan darurat di Malaysia atau mana-mana bahagian di dalam negara.

Agong juga meminta ahli politik henti bermain politik yang boleh mengganggu kestabilan pemerintahan negara. FMT

Pemimpin PPBM Muar nafi bantah ‘pemecatan’ Syed Saddiq

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker