Mahkamah Persekutuan putuskan Malaysiakini hina mahkamah denda RM500 ribu

 

Portal berita Malaysiakini didenda RM500,000 kerana kesalahan menghina mahkamah menerusi komen pembacanya.

Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman itu semasa prosiding hari ini.

Terdahulu dalam keputusan majoriti 6-1, hakim mendapati Malaysiakini bertanggung jawab atas penghinaan terhadap mahkamah menerusi komen pembacanya.

Bagaimanapun, keputusan majoriti memutuskan bahawa ketua editor portal berita berkenaan, Steven Gan tidak bersalah atas tuduhan yang sama.

Panel tujuh hakim yang dipengerusikan Presiden Mahkamah Rayuan, Rohana Yusuf menyampaikan keputusan majoriti 6-1, dengan hakim yang tidak bersetuju adalah hakim Mahkamah Persekutuan, P Nallini.

Ini adalah kali pertama Malaysiakini didakwa atas tuduhan menghina mahkamah sepanjang sejarah penubuhannya sejak 21 tahun lalu.

Wanita mangsa ‘Macau Scam’ rugi hampir RM500,000

Pada 15 Jun tahun lalu, Peguam Negara, Idrus Harun mengemukakan permohonan menghina mahkamah terhadap portal berita tersebut.

Ketika menyampaikan keputusan hari ini, Rohana memutuskan bahawa mahkamah perlu mengambil kira tanggungjawabnya untuk memandang serius tindakan menghina mahkamah, yang akhirnya melemahkan sistem kehakiman di Malaysia.

“Kenyataan yang menyinggung (komen berkenaan) telah tersebar luas di dalam dan luar negara, dan kandungannya bersifat palsu dan celaaan, serta mengandungi tuduhan rasuah.

“Kami berpendapat bahawa denda RM500,000 adalah wajar.

“Kami memerintahkan denda oleh responden pertama dibayar dalam masa tiga hari mulai Isnin (minggu depan),” kata Rohana.

Mahkamah benarkan prosiding hina mahkamah terhadap Malaysiakini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker