Kampung Hilir, Sri Aman diisytihar kawasan baharu rabies

 

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) Sarawak hari ini mengisytiharkan kawasan Kampung Hilir, Sri Aman sebagai kawasan terbaharu wabak anjing gila atau rabies.

Timbalan Ketua Menteri yang juga Pengerusi JPBN Douglas Uggah Embas berkata, memandangkan kawasan itu berada di luar 10 kilometer kawasan radius yang diisytiharkan wabak rabies sebelum ini, maka ia menjadi kawasan wabak ke-67.

“Setakat ini, kawasan yang telah disytiharkan sebagai kawasan wabak rabies adalah Kuching (tujuh), Sibu (dua), Miri (enam), Sarikei (lima), Kapit (satu), Bintulu (empat), Samarahan (empat), Betong (tiga), Serian (22), Mukah (enam), Limbang (satu) dan Sri Aman (6),” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Uggah berkata, susulan itu pemilik anjing perlu memastikan haiwan peliharaan mereka itu disuntik dengan vaksin antirabies, setiap tahun.

Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan mereka disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 40, Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999.

Lokasi baru penularan rabies di Sarawak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker