Mahkamah benarkan prosiding hina mahkamah terhadap Malaysiakini

Mahkamah Persekutuan membenarkan prosiding hina mahkamah terhadap portal berita Malaysiakini dan ketua pengarangnya Steven Gan berhubung komen pembaca mengenai badan kehakiman.

Panel tiga anggota yang diketuai oleh Hakim Rohana Yusof memutuskan hari ini bahawa pemohon – Peguam Negara Idrus Harun – telah berjaya mewujudkan prima facie untuk permohonan itu.

Pengurusan kes ditetapkan pada 25 Jun dan prosiding akan bermula pada 2 Julai.

Idrus diwakili oleh timbalan pendakwa raya Alice Loke pagi ini sementara Malaysiakini diwakili peguam A Surendra Ananth.

Bercakap kepada media selepas itu, Surendra berkata bahawa dia perlu mendapatkan arahan anak guamnya sebelum memutuskan tindakan selanjutnya.

Mkini

AG mohon prosiding hina mahkamah pada Mkini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker