Tabik Spring Untuk Azalina

Azalina Othman Said says ‘perhaps the only way we can return to political normalcy is to consider returning the mandate to the people’.

Memang salute kepada Datuk Azalina. Pertama menyatakan pendirian tegas bahawa legislatif lumpuh bila Parlimen digantung.

Kedua, Azalina hantar surat kepada Peguam Negara dengan peringatan, tugas Peguam Negara ialah menjadi penasihat perundangan yang bebas kepada Kerajaan.

Peguam Negara mesti tidak takut dan tidak memihak. Mesti saksama (impartial). Justeru dia mahu AG beri nasihat perundangan yang telus kepada Perdana Menteri.

Beranikah AG? Semoga TS Idrus Harun ada hati nurani yang kuat. Kita tidak mahu Tommy Thomas 2.0.

Azalina juga mahu Jawatankuasa Pilihan Khas (Select Committees) berfungsi ketika darurat. Betulkah Peguan Cara Negara tidak setuju?

Azalina turut cadang supaya Kabinet sekarang digantung dan diganti dengan “Kabinet Khas Darurat” yang fokus kepada kementerian yang relevan sahaja.

Sekarang “Eksekutif” termasuk Jamaah Menteri terlalu bebas mentadbir negara. Tiada pertanggungjawaban Parlimen. Siapa boleh persoal bila kuarantin Menteri balik dari luar negara dikurangkan kepada 3 hari dari 10

Agaknya itu sebab Rina Harun boleh buat kerja sambilan dan pejabatnya jadi tempat sesi fotogarfi menjadi model.

Kalau ada Select Committee, Rina mungkin dihadapkan ke Jawatankuasa Pilihan Khas.

Inisiatif Azalina wajar dipuji dan disokong. Tetapi kuncinya ialah PM. Muhyiddin yang “mengkucar-kacirkannya”.

Beranikah AG?
Dr. Puad Zakarshi
18.2.2021
Sumber: Facebook

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker