Kerajaan dibidas lembab dan masih ‘baru belajar’ – Rafidah Aziz

 

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz membidas kerajaan yang dianggap lewat mengambil tindakan dalam membantu meredakan impak COVID-19.

Kata Rafidah, kerajaan sepatutnya sudah bekerjasama dengan pihak swasta dan NGO untuk melaksanakan kajian penilaian impak yang teliti sejak awal pandemik melanda.

“Bukan sahaja kesan ekonomi dan kesihatan, tetapi saya paling bimbang dengan kesan sosial. Sekolah ditutup, kini persekolahan secara dilakukan secara maya.

“Apa yang sudah dilakukan untuk membolehkan anak-anak kita terus bersekolah? Adakah sekolah dipersiapkan untuk menjalankan kelas secara fizikal?

Adakah guru-guru sudah dipersiapkan dengan mindset untuk gunakan sekolah dengan cara baharu?

Hentikan politik pecah-belah, Rafidah bidas parti Syed Saddiq

“Dan apabila sekolah dibuka nanti, bagaimana pula pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan?

“Dahulu, satu kelas ada 35 orang pelajar sebab boleh duduk dekat-dekat. Lepas ni, macam mana?

“Siapa yang buat kajian? Saya tak nampak kementerian berkaitan buat apa-apa, buat ‘TikTok’ adalah,” katanya yang muncul sebagai tetamu program Perspektif yang disiarkan di Astro AWANI, malam ini.

Kajian penilaian impak, katanya perlu dibuat di peringkat akar umbi secara berkala pada waktunya untuk memungkinkan pengubahsuaian dibuat sesuai dengan keadaan.

Noor Hisham: Lonjakan angka sebab kes lama lewat dilapor

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker