11 individu ditahan ancam godam keselamatan komputer kerajaan

Seramai 11 individu ditahan bagi membantu siasatan berhubung kumpulan dikenali sebagai ‘Anonymous’ yang didakwa mengancam menggodam sistem keselamatan komputer kerajaan.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, kesemua suspek warga tempatan berusia 20 hingga 40 tahun ditahan dalam beberapa serbuan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman hasil risikan sejak seminggu lalu.

Katanya, turut ditahan dalam kumpulan suspek adalah pentadbir akaun Facebook Anonymous Malaysia.



“Penangkapan itu susulan tindakan kumpulan berkenaan yang melakukan ugutan dan ancaman untuk menggodam sistem komputer kerajaan sejak beberapa tahun lalu.

“Siasatan lanjut masih dijalankan pihak kami,” katanya ketika ditemui selepas meninjau pelaksanaan sekatan jalan raya (SJR) di Setia Alam di sini hari ini.

Kosmo! pada 27 Januari lalu melaporkan mengenai notis amaran yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) melalui Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) agar semua agensi kerajaan mengambil langkah-langkah waspada bagi mencegah sebarang bentuk serangan siber. – K! ONLINE.

Komputer riba : BN bagi percuma, PN bagi pinjam saja



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker