2,998 kes baru, jumlah kematian lepasi 1,000

 

2,998 jangkitan baru Covid-19 dilaporkan setakat tengah hari ini, menjadikan jumlah terkumpul 272,163 kes, maklum Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Sementara itu, kematian meningkat hari ini dengan 22 kes (berbanding 8 kematian semalam) menjadikan jumlah terkumpul korban seramai 1,005 orang.

“Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan lapan kes di Selangor, empat kes di Sabah, tiga kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, masing-masing dua kes di Sarawak dan Perak, serta satu kes di Negeri Sembilan, Kedah, dan Johor.

“Kesemua kes kematian melibatkan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka,” kata Dr Noor Hisham pada kenyataan media hari ini.

Katanya, seramai 231 pesakit sedang dirawat di ICU, dengan 115 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Selangor, jelasnya terus mendahului jangkitan harian tertinggi dengan 1,382 kes, diikuti Johor (436) dan Negeri Sembilan (233).

Status ringkas:

Kes sembuh=5,709

Jumlah kes sembuh=229,762 kes

Kes baru positif=2,998 kes (2,989 tempatan, 9 import)

Jumlah positif=272,163

Kes kematian=22

Jumlah kes kematian=1,005 kes

Kes dirawat di ICU=231 kes

Bantuan Alat Pernafasan=115

Perincian kes positif 2,998 kes Covid-19 baru:

Selangor: 1,382 kes

  • 709 kes daripada kluster-kluster; termasuk 82 kes daripada kluster-kluster baru iaitu Kluster Tapak Bina Jalan Emas, Kluster Tapak Bina Seksyen Satu, Kluster Jalan DC, dan Kluster Jalan Subang;
  • 383 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • 290 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Johor: 436 kes

  • 235 kes daripada kluster-kluster, termasuk 175 kes daripada kluster-kluster baru iaitu Kluster Jalan Perindustrian Murni, Kluster Jalan Payamanis, Kluster Senai Murni Empat, dan Kluster Jalan Persiaran Cyber;
  • 84 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
  • 117 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Negeri Sembilan: 233 kes

  • 190 kes daripada kluster-kluster, termasuk 49 kes daripada kluster baru iaitu Kluster Industri Tekstil Nilai;
  • 18 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • 25 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 226 kes

  • 136 kes daripada kluster-kluster, termasuk 117 kes daripada kluster baru iaitu Kluster Tapak Bina Jalan Sultan;
  • 16 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • Enam (6) kes import dari luar negara;
  • 68 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Sarawak: 200 kes

  • 79 kes daripada kluster-kluster, termasuk 14 kes daripada kluster baru iaitu Kluster Jan Yong;
  • Tujuh (7) kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • 114 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Perak: 99 kes

  • 67 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
  • 12 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • 20 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Sabah: 94 kes

  • 19 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
  • 54 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • 21 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Pulau Pinang: 92 kes

  • 29 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
  • 29 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • 34 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Terengganu: 91 kes

  • Tujuh (7) kes daripada kluster-kluster, termasuk satu (1) kes daripada kluster baru iaitu Kluster Pulau Rusa;
  • Lapan (8) kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • 76 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Kelantan: 72 kes

  • 48 kes daripada kluster sedia ada;
  • 13 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • Satu (1) kes import dari luar negara;
  • 10 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Kedah: 36 kes

  • 19 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
  • Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • 13 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Melaka: 20 kes

  • 11 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
  • Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Pahang: 14 kes

  • Dua (2) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
  • Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • Enam (6) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Wilayah Persekutuan Putrajaya: Dua (2) kes

  • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Satu (1) kes daripada lainlain saringan Covid-19

Leave a Reply