[VIDEO] Remaja Buli Warga Emas Wheelie Motosikal Sampai Jatuh Tergolek Tampil Mohon Maaf

Semalam, tular satu video yang membangkitkan kemarahan netizen di mana seorang warga emas telah ‘dibuli’ oleh sekumpulan remaja. Tindakan mereka disifatkan tidak beradab, dan mengambil kesempatan terhadap warga emas yang lemah itu.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Terengganu.

[VIDEO]”Ingat Lawak Ke?”..Budak ‘Wheelie’ Motosikal, Aniaya Warga Emas.. Dapat Kecaman Netizen



Buli warga emas

[KGVID]https://videos.files.wordpress.com/cFl2bq7o/kes-buli-warga-emas-wheelie-motosikal-bah-1_hd.mp4[/KGVID]

Menerusi video berdurasi lebih 20 saat itu, memaparkan tindakan kurang ajar di mana seorang remaja lelaki, bertindak membonceng warga emas itu sebelum membuat ‘wheelie’.  Susulan daripada itu, warga emas itu terjatuh lalu terduduk di atas tanah.

Tindakan remaja itu disifatkan memang sengaja dan mempunyai niat untuk membuli warga emas itu. Perkongsian itu di laman sosial, meraih pelbagai respon daripada netizen yang mengecam tindakan remaja ini. Pada masa yang sama, mereka turut menggesa supaya pihak berkuasa mengambil tindakan dengan apa yang telah terjadi.

Tampil mohon maaf

[KGVID]https://videos.files.wordpress.com/MYx5AjwZ/kes-buli-warga-emas-wheelie-motosikal-budak-mohon-maaf_hd.mp4[/KGVID]

Terbaru, sekumpulan remaja itu telah tampil memohon maaf dengan apa yang telah terjadi. Dalam video tersebut, mereka dilihat cuba bersalam dan memeluk warga emas itu.



Walau bagaimanapun, netizen beranggapan permohonan maaf itu tidak dibuat dengan ikhas dan hanya dibuat kerana terpaksa.

Muka tak ikhlas langsung



Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut mengecam tindakan remaja ini yang disifatkan tidak beradab. Pada masa yang sama, mereka turut menyatakan permohonan maaf itu dilakukan kerana terpaksa dan bukan dengan hati yang rela-OhBulan

Sumber: Info Roadblock JPJ/Polis

Tindakan Sekumpulan Pemuda Di Kelantan Ini Buli Warga Emas di kecam Netizen [ VIDEO ]



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker