[VIDEO] Lepas Dikritik Tidak Jaga Kementerian, Bahasa Inggeris Rina Harun Pula Ditegur Adibah Noor

Selepas dikritik kerana menggayakan busana persis model di pejabatnya, kali ini Datuk Seri Rina Harun pula ditegur kerana sebutan bahasa Inggeris yang dilontarkannya tidak tepat.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rina Harun kembali menjadi buah mulut netizen selepas dilihat kekok memberi ucapan dalam bahasa Inggeris menerusi satu persidangan secara maya baru-baru ini.

Menyedari kekoknya Rina ketika berucap dalam persidangan Suruhanjaya Pembangunan Sosial (CSocD59), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Sesi ke-59, pelakon dan penyanyi Adibah Noor mengambil inisiatif memperbetulkan sebutan Rina.

VIDEO DIBAWAH:-

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=777ELKr8ZYI[/embedyt]

Menerusi Twitter, Adibah memuat naik klip video cara sebutan yang betul bertujuan untuk berkongsi ilmu dengan pengikutnya di laman tersebut.

“Saya akui, penulis skrip (ucapan Rina) sangat bagus dan saya harap saya dapat membacanya sendiri.

“Jadi cara nak sebutnya (doubt) hilangkan bunyi ‘b’ bukan, dupdaobdib tapi d-out,” ciapnya beserta tanda pagar #Pronunciation, #BetulkanYangBiasa dan #BiasakanYangBetul.

Perkongsian penyanyi lagu Terlalu Istimewa, itu menerima lebih 10,600 ulang ciap dan hampir 14,700 tanda suka.

Baru-baru ini, Adibah juga pernah menegur seorang pembaca berita yang tersalah dalam sebutan bahasa Inggeris.

BILA ADIBAH NOOR BETULKAN SEBUTAN INGGERIS PEMBACA BERITA TV3 [VIDEO]

Rina Harun ketika ini menjadi sasaran kritikan orang ramai apabila beliau didakwa tidak memberi tumpuan kepada kerja-kerja di bawah kementeriannya selepas imejnya lebih menonjol dilihat sebagai model.

Sebelum ini, ramai meluahkan rasa terkejut dengan penampilan baru Rina yang dilihat semakin kurus dan bergaya.

Terdahulu, Rina turut menjadi sohor di media sosial setelah dilihat menjadi model dan memperagakan busana baju kurung klasik pereka fesyen terkenal ManKajang.

Bagaimanapun, tindakan anggota parlimen Titiwangsa itu menerima kecaman netizen.

Malah, bekas ketua pegawai eksekutif Yayasan Kebajikan Negara (YKN), Che Asmah Ibrahim terkedu apabila pejabat menteri yang menjadi tempat untuk menguruskan segala urusan rakyat kini dijadikan studio penggambaran fesyen.

“Macam tak percaya apa yang saya lihat. Bukan terpukau dengan kecantikan YB Menteri tetapi terkedu bila Pejabat Menteri dijadikan studio pengambaran fesyen dan YB Menteri pula sudah menjadi model,” tulisnya di akaun Facebook.

Oh! Rina Harun

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker