Mayat wanita ditemukan terapung di Tasik Taman Jaya

Gambar Hiasan

PETALING JAYA: Mayat wanita ditemukan terapung di Tasik Taman Jaya dipercayai terjatuh ketika sedang melakukan aktiviti riadah di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, pihaknya menerima panggilan awan pada pukul 10 pagi mengenai penemuan mayat tersebut.

Menurutnya,  susulan itu pihaknya bersama anggota bomba dan Pejabat Kesihatan Daerah Kelana Jaya telah pergi ke lokasi kejadian.

“Saksi kejadian yang juga pekerja di tasik terbabit mendakwa mangsa dilihat sedang membuat senaman di sekitar tasik tersebut pada pukul 8 pagi sebelum mayat wanita tersebut ditemukan terapung kira-kira sejam kemudian.

“Hasil siasatan lanjut, pihak polis tidak menemui sebarang dokumen diri mangsa dan tiada elemen jenayah ditemui setakat ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu keputusan hasil bedah siasat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). – UTUSAN

Bomba Selamatkan Lelaki Enggan Keluar Dari Tasik

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker