AmBank Research unjur ekonomi negara tumbuh 5.2-5.9% tahun ini

KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia diunjur pulih pada tahun ini dengan pertumbuhan sekitar 5.2 hingga 5.9%, demikian menurut AmBank Research pada Isnin.

Dalam nota penyelidikannya, ia berkata ini didorong oleh peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan perdagangan global, langkah bantuan rangsangan, usaha membendung penularan Covid-19 serta pelaksanaan langkah vaksinasi.

Jumlah pelaburan secara keseluruhannya juga diunjur meningkat dengan prospek sama turut dialami sektor utama dalam ekonomi, katanya.



“Oleh itu peningkatan perbelanjaan modal dijangka berlaku pada tahun ini.

“Bagaimanapun, pertumbuhan bagi 2021 akan dijejaskan oleh peningkatan kes Covid-19 serta pelaksanaan langkah kawalan pergerakan pada Jan,” katanya.

Menurut AmBank Research, impak yang dapat dilihat pada suku pertama 2021 bagaimanapun kurang ketara berbanding kesan pelaksanaan kawalan pergerakan pada April 2020.

“Namun kami masih bimbangkan keadaan perniagaan mikro, kecil dan sederhana. Atas alasan itu, KDNK tahun penuh 2021 dijangka sekitar 5.2 hingga 5.9%.”



Bank Dunia unjur KDNK Malaysia tumbuh 6.7% tahun depan

AmBank Research berkata, seperti dijangkakan, KDNK susut pada suku keempat 2020 — prestasi lebih rendah pada suku sebelumnya akibat peningkatan kes Covid-19 dan langkah kawalan bagi membendung penularannya.

Penguncupan KDNK suku keempat 2020 pada 3.4% bagi tahun ke tahun sememangnya dalam jangkaan firma penyelidikan berkenaan, iaitu sekitar -3.2 dan -3.5% berikutan semakan semula -2.6% tahun ke tahun bagi suku ketiga 2020.



“Berikutan pertumbuhan negatif bagi tiga suku berturut-turut dengan (angka) terbesar pada suku kedua 2020 pada -17.1% tahun ke tahun, KDNK bagi tahun penuh susut 5.6% yang merupakan peningkatan daripada unjuran kami pada -5.5%,” katanya.

Ini merupakan penguncupan terbesar pernah dicatatkan berbanding -7.4% sewaktu krisis kewangan Asia pada 1998.

Selain itu, penurunan nominal KDNK sebanyak 6.3% itu juga disebabkan oleh impak deflasi.

Kerugian ekonomi negara diunjur RM12 bilion tahun ini



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker