Kerugian ekonomi negara diunjur RM12 bilion tahun ini


Malaysia mungkin mengalami kerugian ekonomi yang dianggarkan sebanyak RM12 bilion pada tahun ini, jika diandaikan negeri-negeri yang terjejas akan berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga akhir bulan depan.

Jangkaan itu berdasarkan sektor-sektor perniagaan penting akan beroperasi dengan kapasiti sehingga 70 peratus sahaja.

Pengarah Urusan dan Ketua Negara Perkhidmatan Kewangan Peribadi, UOB Malaysia, Ronnie Lim berkata, bank itu menjangkakan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia akan berkembang sebanyak 5.0 peratus tahun ini dan mungkin
perlu menunggu sehingga paling awalnya 2022 untuk kembali ke tahap sebelum pandemik.

Namun demikian, sekatan pada masa ini tidaklah seteruk berbanding yang dilaksanakan sewaktu PKP tahun lepas kerana sektor utama dibenarkan beroperasi bagi memastikan aliran operasi yang lancar, kesinambungan perniagaan dan pemulihan ekonomi.

Selain itu, kerajaan juga akan terus melancarkan dasar fiskal dan monetari untuk mengekalkan pemulihan ekonomi, di samping pelan vaksinasi pertama negara dijadualkan bermula pada akhir suku pertama.

”Pengisytiharan darurat sehingga 1 Ogos tahun ini sebahagian besarnya memastikan bahawa aktiviti politik utama, termasuk pilihan raya, tidak boleh dijalankan selagi pengisytiharan ini dikuatkuasakan.

”Aktiviti ekonomi boleh diteruskan manakala perintah berkurung tidak dikenakan. Ini sepatutnya membolehkan kerajaan memberi lebih tumpuan ke arah pembendungan pandemik ini selain melaksanakan dasar untuk mengekalkan pemulihan ekonomi,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, risiko utama bagi Malaysia adalah kesilapan dalam membendung jangkitan Covid-19, ketidaktentuan politik tempatan walaupun dengan adanya pengisytiharan darurat dan pemulihan negara sangat bergantung pada apa yang berlaku di peringkat global.

Namun, beliau percaya negara dan industri yang disokong oleh rangsangan kerajaan yang berterusan dapat pulih dengan kukuhnya pada tahun ini, terutamanya jika vaksinasi bagi
Covid-19 bermula pada pertengahan tahun.

A’pabila semakin ramai orang di seluruh dunia menerima vaksin, pihak kerajaan dapat mengurangkan sekatan pergerakan dan perjalanan berkaitan pandemik secara beransur-ansur, justeru membantu ekonomi global untuk membangun semula secara beransur-ansur pada separuh kedua 2021,” ujarnya.

Bank pusat akan terus melonggarkan dasar monetari dalam usaha menyokong pemulihan ekonomi.

Tetapi UOB menjangka carta pemulihan akan menunjukkan hala tuju yang berbeza kerana sesetengah rantau dan sektor akan muncul dari kemelesetan dengan lebih cepat dan dalam
keadaan lebih baik, manakala yang menghadapi lebih kesukaran mungkin akan pulih dengan lebih perlahan.

Sebagai contoh, industri seperti e-dagang, elektronik, teknologi, aplikasi dan perkhidmatan permainan, dan farmaseutikal sedang berkembang walaupun dalam keadaan pandemik. MG

https://mykmu.net/2017/01/31/kerugian-forex-usd10-bilion-di-zaman-mahathir-wang-rugi-atau-dicuri/

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker