[VIDEO] Buaian taman tema terhempas ketika beroperasi, 16 cedera

HUNAN: Sekurang-kurangnya 16 pengunjung sebuah taman tema cedera, tiga daripadanya kritikal, selepas buaian dinaiki mereka terhempas ketika beroperasi.

Kejadian dilapor berlaku pada jam 3.40 petang Sabtu di taman tema di wilayah Hunan, China.

Menurut pihak berkuasa tempatan, permainan “kerusi terbang” itu hilang kawalan akibat gangguan mekanikal menyebabkan pengunjung jatuh terhempas bersama buaian yang dinaiki mereka.

Mangsa yang cedera dihantar ke hospital.

Susulan kejadian, taman tema itu ditutup sementara menunggu siasatan mengenai punca kemalangan.-Awani

Leave a Reply