Penganalisis ekonomi, Profesor Dr Hoo Ke Ping meninggal dunia akibat serangan jantung

Penganalisis dan Penasihat Ekonomi KSI Strategic Institute, Profesor Dr Hoo Ke Ping meninggal dunia akibat serangan jantung di kediamannya di ibu negara pada Sabtu.

Berita itu disahkan Timbalan Presiden Pertubuhan Intelektual Negara (Pintar), Dr Kamarul Zaman Yusoff.

Ke Ping yang menghembuskan nafas terakhir jam 9 pagi, merupakan seorang ilmuan yang aktif dalam memberikan buah fikiran serta pandangan berkaitan isu ekonomi dan politik negara.

Presiden Pintar, Prof Dr Mohd Roslan Mohd Nor berkata, pemergian mendiang Ke Ping merupakan kehilangan besar bagi masyarakat yang sentiasa mendengar ulasan ekonomi dan politik beliau.

Jelasnya, mendiang Ke Ping sepatutnya menjadi ahli panel Webinar Intektual Negara Mengenai Vaksin pada malam Sabtu. Katanya, bagi menghormati pemergian tokoh ekonomi itu, sesi webinar berkenaan ditangguhkan.

Terbaharu, mendiang Ke Ping meramalkan Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Pas akan memperoleh majoriti dua pertiga dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Jelasnya, ketiga-tiga parti dibentuk bawah gabungan itu bakal menguasai 100 kerusi Parlimen dalam pilihan raya itu.-Awani

Leave a Reply