Muhyiddin rai Tahun Baharu Cina bersama Parti Gerakan


Sehari selepas parti Gerakan diterima menyertai Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini meluangkan masa meraikan Tahun Baru Cina dengan kepimpinan parti itu.

Sidang video sambutan itu dihadiri Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai dan semua pimpinan Gerakan melibatkan Ahli Jawatankuasa Pusat, Wanita dan Pemuda parti tersebut.

“Saya ingin berterima kasih kepada Gerakan atas jemputan menghadiri sambutan ini yang saya anggap cukup meriah dan bermakna walaupun disambut secara dalam talian bagi disesuaikan dengan suasana norma baharu ketika negara masih berdepan pandemik Covid-19.

“Dalam pesanan ringkas pada majlis itu, saya tegaskan bahawa pandemik Covid-19 telah memberi cabaran besar kepada kerajaan dan rakyat, namun yakin kerja keras pimpinan negara serta kerjasama yang diberikan seluruh lapisan masyarakat ketika ini, Malaysia mampu untuk bangkit dan menjadi lebih gemilang pada masa akan datang,” kata Perdana Menteri itu.



Dalam pada itu, Muhyiddin menyeru agar semua masyarakat Cina di negara ini bersatu dan bekerja keras bersama-sama bag memperoleh apapun kejayaan mendatang.

“Saya percaya kedatangan tahun baharu ini akan membangkitkan iltizam yang lebih jitu daripada rakyat, khususnya masyarakat Tionghua untuk bekerja lebih keras bagi memperoleh kejayaan atau kemenangan dalam apa juga cabaran yang dilalui,” katanya lagi.

Semalam secara rasminya, parti Gerakan mengesahkan telah diterima sebagai parti anggota dalam Perikatan Nasional (PN).

Dominic berkata, Gerakan akan bekerjasama dengan PN dalam menyediakan sebuah kerajaan rakyat, yang mengutamakan kesejahteraan dan kesederhanaan.



Sebelum ini, Gerakan memutuskan hubungan dengan Barisan Nasional (BN) selepas komponen itu tewas pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 yang lalu. MG

https://mykmu.net/2018/01/17/gerakan-ada-bukti-dap-buat-bayaran/

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker