KWSP I-Sinar: Kenapa kita perlu berterima kasih kepada kejengkelan Najib Razak


Semenjak pembentangan #Bajet2021. DS Najib Razak memang seorang yang amat mengjengkelkan banyak pihak terutama dari PN, CEO KWSP dan Gabenor Bank Negara.

Hinggakan beliau diselar sebagai perantara Hikayat Puteri Gunung Ledang. Berikutan sifat tegas beliau tanpa henti-henti menegaskan rakyat memerlukan hak pengeluaran 10k KWSP tanpa syarat.

Tetapi beliau diselar sengaja memberi terkenan yang melampau kepada kerajaan PN.

Tetapi kejengkelan DS Najib datang dari rintihan rakyat yang tak henti menyuarakan keperitan hidup mereka takala C19. Sudahlah mereka tertekan dengan kehilangan pendapatan, kehilangan pekerjaan, rumah tangga porak peranda tetapi dapat kerajaan pekak badak lambat nak pickup akan permasalahan rakyat.

Page FB DSN telah bertukar menjadi kaunter pengaduan rakyat hingga jutaan keluhan rakyat memohon bantuan DSN sedangkan beliau bukan seorang PM lagi.

Teringat kata-kata Muhyiddin bila diajukan soalan dalam parlimen oleh Anwar kenapa bantuan rakyat diluluskan segera tanpa berbincang di Parlimen. Muhyiddin balas kerana rakyat hendak segera. Itu semasa PKP pertama

Tetapi berbeza dengan alasan 10k KWSP. Tiada lagi soal rakyat hendak segera untuk wang simpanan KWSP sendiri. Pelbagai alasan dan dalihan Muhyiddin beri.

Tetapi kerana kejengkelan DS Najib yang tak perduli apa yang sedang orang aniayainya dengan pelbagai fitnah dipentas Mahkamah.

Tak perduli apa rakan parti sendiri menyerangnya sehingga dapat habuan malah dapat pangkat Datuk.

Tak peduli pelbagai serangan penghinaan dari pelbagai sudut kawan dan lawan.

Deria DSN hanya mendengar rintihan rakyat kesusahan kesempitan terperangkap dalam krisis C19.

Oleh kerana kerana kejengkelan DSN yang bukan sahaja menjadi orang pertama mengeluarkan idea 10k KWSP dan juga tak pernah putus asa menyuarakan suara rakyat.

Dari Muhyiddin hanya mahu beri RM500 x 12 bulan, jadi 10k kepada yang kena buang kerja sahaja, kepada 10k untuk yang hilang pendapatan dengan syarat-syarat Hikayat Puteri Gunung Ledang akhir kerana Muhyiddin sudah tak tahan lagi dengan kejengkelan DS Najib terpaksa hapuskan semua syarat kerana takut PN tumbang tanpa syarat.

Sekarang dari sifat kejengkelan DS Najib tiba-tiba yang pernah selar DSN bagai Hikayat Puteri Gunung Ledang pula mengaku hasil usahanya dalam diam tapi aku pun tak faham. Kalau buat dalam diam kenapa sekarang nak hebohkan atau dalam takut PN dipandang seperti selonggok sampah pada PRU15.

Malah tak kurang yang cuba menutup usaha tanpa henti SSN dengan memuji-muji Muhyiddin sambil menghina DSN sebagai orang yang tak buat apa-apa langsung. Mungkin satu naga tu baru lepas minum ketum kot tu yang sewel semacam.

Akhirnya matlamat DSN untuk membantu rakyat terima kasih kepada beliau yang mengjengkelkan kepada PN hingga rakyat memperolehi manfaat.

Sayangnya kami rindu DSN ketika PM ke 6 dan mengharapkan keperihatinan DSN ketika ini dijelmakan semula sebagai PM ke 9. Ya Allah walaupun kami sedar kami ditakdirkan tidak layak memiliki PM ke 6 tapi makbulkan kami PM ke 9 adalah DS Najib.

Dari FB MdFadzil

Tak perlu melompat dengan cadangan dibuat Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker