Akaun bank rahsia: Seronok betul budak PPBM – Shahrir


KEPIMPINAN tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dikatakan sedang bersoronok mengulas isu mengenai akaun bank rahsia yang didakwa milik UMNO.

Isu berkenaan timbul selepas hal berkenaan pengharaman UMNO pada 1988 dibangkitkan kembali selepas ‘pertikaman lidah’ berlaku antara dua bekas Presiden Parti itu.

Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tun Dr. Mahathir sejak semalam dilihat saling berbalas kenyataan berhubung pengharaman parti itu selepas Dr. Mahathir mengatakan beliau tidak mencampuri urusan kehakiman ketika pentadbirannya.

Walau bagaimanapun, perkara itu berlarutan sehinggalah isu akaun bank rahsia timbul apabila fungsinya didakwa sebagai satu cara untuk memindahkan aset UMNO lama kepada UMNO baharu.

“Issh…seronok betul budak PPBM (Bersatu) ini.

“Sudahlah, pandai baca tajuk sahaja. Tak baca habis berita. Kalau baca habis akan tahu ‘akaun rahsia’ tu semenjak 1988. Itu zaman Tun Mahathir (Dr.).

“Banyak lagi pemimpin PPBM macam ini kena belajar. Belajarlah untuk baca habis sebelum melenting! Nampak sangat level kecerdikannya.”

Demikian tempelak Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Abdul Samad dalam satu kenyataan mengulas laporan daripada Sinar Harian mengenai gesaan siasatan terhadap akaun bank tersebut.

Terdahulu, berita terbitan portal itu melaporkan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Dr. Muhammad Faiz Na’aman, menggesa Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) menyiasat akaun bank milik UMNO yang dikatakan rahsia.

Tindakan itu disifatkan sebagai cubaan untuk mempersoalkan struktur kepimpinan dan pentadbiran UMNO supaya parti itu akhirnya nanti diarah untuk diharamkan.

Bagaimanapun, dalam laporan Suara Merdeka berkenaan kenyataan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini memberitahu hal berkenaan seperti membuka ‘pekung’ kepimpinan terdahulu.

Ini kerana, akaun bank rahsia itu didakwa wujud susulan pengharaman UMNO 33 tahun dahulu bagi memindahkan aset daripada UMNO lama ke UMNO baharu.

Oleh sebab itu, kepimpinan UMNO ketika itu dikatakan perlu bertanggungjawab menjelaskan kewujudannya apabila presiden dan bendahari parti ketika itu adalah Dr. Mahathir dan Tun Daim Zainuddin. SM

Wartawan ini berjaya masuk dalam Bilik Rahsia Najib. Ini yg dia nampak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker