Sejuta orang hilang kerja di Korea Selatan

 

SEOUL: Kadar pengangguran di Korea Selatan melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh lebih dua dekad, sekali gus meningkatkan kebimbangan bahawa pemulihan ekonomi yang dipacu eksport adalah sukar.

Kadar pengangguran meningkat kepada 5.4 peratus pada Januari berbanding 4.5 peratus pada bulan sebelumnya untuk mencapai paras tertinggi sejak krisis kewangan Asia.

Perangkaan itu melebihi semua unjuran kaji selidik apabila ekonominya menyaksikan kehilangan sejuta pekerjaan berbanding setahun lalu, menjadikannya situasi terburuk sejak 1998.

Kemerosotan mendadak dalam pasaran tenaga kerja itu berbeza dengan pandangan bahawa prestasi ekonomi Korea Selatan adalah antara yang terbaik dalam kalangan negara maju tahun lalu.

Ia memberi bayangan bahawa kerajaan perlu melakukan lebih banyak tindakan bagi menyokong pasaran pekerjaan.

Korea Selatan sahkan berada dalam gelombang kedua jangkitan COVID-19

“Kesan besar kepada pasaran pekerjaan akan mempengaruhi kadar pemulihan ekonomi, kata profesor ekonomi di Yonsei University, Sung Tae-yoon.

“Orang yang mencari kerja juga akan berkurangan apabila ekonomi menjadi semakin buruk, yang secara teknikalnya mungkin mengurangkan kadar pengangguran, namun kesukaran ekonomi akan berterusan.”

Pasaran pekerjaan di negara itu merosot dengan ketara pada Disember apabila kerajaannya memperketatkan peraturan penjarakan sosial ketika kes jangkitan harian COVID-19 melebihi 1,000.

-Bloomberg

 

Lebih ramai menganggur untuk tempoh lebih lama

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker