Pelakon Bollywood Rajiv Kapoor meninggal dunia

Pelakon yang juga pengarah filem Bollywood, Rajiv Kapoor, meninggal dunia Selasa pada usia 58 tahun.

Iparnya Neetu Kapoor yang juga isteri kepada pelakon terkenal Rishi Kapoor mengesahkan berita itu di Instagram.

Rajiv mengalami serangan jantung dan dikejarkan ke Hospital Inlaks, di Chembur sebelum doktor mengesahkan kematiannya, lapor Times of India.

Anak kepada pelakon filem terkenal Raj Kapoor itu membuat kemunculan pertama lakonan dalam filem “Ek Jaan Hain Hum” pada tahun 1983 sebelum memegang watak utama dalam filem pecah panggung “Ram Teri Ganga Maili” pada tahun 1985.

                                       Rajiv Kapoor with brothers Rishi Kapoor and Randhir Kapoor. (Express archive photo)

Rajiv turut berlakon dalam beberapa filem terkenal antaranya “Aasmaan”, “Lover Boy”, “Zabardast” dan “Hum To Chale Pardes”.

Filem terakhir Rajiv sebagai hero adalah “Zimmedaar” sebelum beralih ke belakang tabir serta pengarahan.

Rajiv membuat penampilan sulung sebagai sutradara dalam filem “Prem Granth” yang dibintangi Rishi Kapoor dan Madhuri Dixit-Nene pada tahun 1996.

Rajiv juga menerbitkan filem romantik “Aa Ab Laut Chalen” pada 1999.

Sumber: Indian Express

Leave a Reply