Allah suka kita bertaubat

Kembali dan mengadulah kepada Allah, kerana Allah menyayangi kita

1. RASULULLAH ﷺ menggambarkan betapa Allah sangat gembira kepada hambanya yang bertaubat dan kembali kepadaNya. Sabda Rasulullah:

لَلهُ أشدُّ فرحًا بتوبة عبده حين يتوب إليه

“Allah sangat gemberi kepada hambanya yang kembali kepadanya.” (HR al-Bukhari)

2. Malah dalam sebuah hadis yang sahih, Rasulullah ﷺ menceritakan dialog di hari akhirat tentang seorang hamba yang mengaku di hadapan Allah tentang segala dosa-dosa silamnya lalu Allah berkata kepadanya:

فَإِنِّي قَدْ سَتَرْتُهَا عَلَيْكَ فِي الدُّنْيَا، وَإِنِّي أَغْفِرُهَا لَكَ الْيَوْمَ

“Sesungguhnya aku telahpun menyembunyikan dosa-dosamu di dunia dan aku mengampunkannya di hari akhirat ini.” (HR al-Bukhari)

3. Begitulah sifat Allah Yang Maha Pengasih. Andai manusia melupakan 1000 kebaikan kita hanya dengan satu kesilapan yang kita lakukan, maka kembalilah kepada Allah. Kerana Allah berupaya melupakan 1000 kesalahan kita dengan kita kembali kepadanya.

4. Di saat manusia melukai dan melupakan kebaikan kita, kembali dan mengadulah kepada Allah, kerana Allah menyayangi kita.

5. Malah sekiranya kita mempunyai masalah dengan manusia, maka kembalilah kepada Allah, kerana Allah yang memegang jiwa dan hati manusia. Banyakkan beristighfar dan memohon keampunan kepada Allah.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr Ahmad Sanusi Azmi
Setiausaha Majlis Ulama ISMA (MUIS)

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker