Najib, Zahid, Nazri dapat juga RM100,000, pembangkang tak dapat apa – Mujahid


Pendedahan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mana beliau dan empat lagi Ahli Parlimen kerajaan hanya menerima peruntukan RM100,000 setahun mendapat perhatian Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa.

Mujahid yang juga bekas Menteri Agama Pakatan Harapan (PH) itu secara sinis mengucapkan selamat datang ke dalam kelab ‘pembangkang’.

“(Ahli Parlimen) Padang Rengas (Datuk Seri Nazri Aziz), Machang (Datuk Ahmad Jazlan Yaakub), Bagan Datok (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi), Pekan (Datuk Seri Najib Razak) dan Pontian (Datuk Seri Ahmad Maslan) ..welcome to the club..hampa dpt gak RM100,000,” katanya di Twitter.

Mujahid berkata, Ahli-ahli Parlimen pembangkang tidak langsung diberikan sebarang peruntukan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“PB (Parit Buntar) dan lain-lain rakan PH ilek pochik (tak dapat apa).. Kami kena dah dulu dgn BN, PB 2 penggal xdpt apa…awat hampa seksa pengundi kami…la baru hampa tau makna seksa pengundi noo,” katanya.

Pada minggu lalu, Ahmad Zahid berkata, lima Ahli Parlimen kerajaan hanya menerima RM100,000 tahun ini.

Menurut beliau, jumlah yang diterimanya bersama empat lagi Ahli Parlimen UMNO itu sama seperti yang diterima Ahli Parlimen pembangkang.

Sebelum ini, bekas Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh berkata, selepas Langkah Sheraton, beliau tidak lagi mempunyai peruntukan yang sebelum ini diberikan oleh Kerajaan Persekutuan kepada setiap Ahli Parlimen. MG

5 Ahli Parlimen UMNO hanya diberi peruntukan RM100,000 setahun – Zahid

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker