Hunus keris mahu mandikan darah cerita dongeng, Najib jawab Mahathir
AHLI Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan tuduhan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa beliau menghunus keris dan mahu memandikannya dengan darah orang Cina.
Menurut Najib, apa yang didakwa oleh Dr. Mahathir itu merupakan cerita dongeng yang pernah disebarkan oleh sebuah parti politik.
“Sebaliknya dia ulangkan cerita dongeng yang pernah disebar oleh DAP sejak berdekad tahun lalu bahawa saya pernah hunus keris dan ugut mahu dan mandikan keris dengan darah orang Cina yang berlaku pada Ops Lalang tahun 1987.
“Tidak seperti kamu, saya tak rasis pada mana-mana kaum. Cuma ramai yang rasa kamu rasis terhadap orang Melayu sahaja.
“Jika Mahathir tak ingat, cerita dongeng ini sudah dinafikan berkali-kali termasuk dalam sesi parlimen apabila mendiang Karpal Singh pernah tanya.dalam parlimen pada tahun 2009 jika ianya benar. Lepas saya nafi, Karpal Singh berpuas hati dan kata “case closed,” kata Najib.
Tambah beliau, jika dakwaan itu benar sudah tentu dia akan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada waktu itu.
“Andainya fitnah yang diulang Mahathir itu benar maka saya juga akan ditangkap polis di bawah ISA bersama ratusan orang masa itu. Tapi saya tidak ditangkap.
“Jika Mahathir (atau sesiapa) ada bukti kukuh saya pernah ugut kaum Cina begitu, sila kemukan. Jika tidak, kamu menjawablah kat sana,” kata Najib.
Tambah Najib, dia tidak akan menyaman Dr. Mahathir berhubung tuduhan itu kerana masih ada rasa hormat terhadap bekas Perdana Menteri itu.
Najib sekiranya tuduhan itu dilemparkan oleh pihak lain, dia tidak akan teragak-agak untuk mengemukan tindakan undang-undang.
“Atas sebab usia dan baki hormat amat kecil yang saya masih pada dia, saya tak saman. Tapi kalau Guan Eng dan Kit Siang berani ulang tuduhan yang sama Mahathir ini, hari ini dia fitnah esok dia terima surat saman,” kata Najib.
Dr. Mahathir melemparkan tuduhan itu dalam Facebooknya, selepas Najib mentertawakan Dr, Mahathir kerana menafikan tidak pernah mencampuri badan kehakiman.
“Saya rasa Najib tak payah campur tangan dengan tuduhan terhadap saya. Dia harus fokus kes curi duit rakyat berbilion-bilion dalam 1MDB.
“Dia juga perlu bagi perhatian saman Tommy Thomas yang kait dia dengan pembunuhan Altantuya.
“Lagipun, kalau isu yang berlaku 1987/88, Najib boleh ingat yang dia hunus keris dan nak mandikan keris dengan darah orang Cina,” kata Dr. Mahathir.
Najib berkata, Dr. Mahathir tak berani menyangkal dakwaan bahawa dia tak pernah campur tangan dalam sistem perundangan dan kehakiman Malaysia. SM
Beranikah Syed Saddiq Mengaku Tun M Penyebar Cerita Dongeng Dap Pencabul Hak Melayu