Covid-19 : 3288 kes baru hari ini dengan 14 kematian
Sebanyak 3,288 kes baru dan 14 lagi kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini.
Status terkini COVID-19 setakat 10 Februari 2021
Jumlah kes sembuh baru: 1,929 kes
Jumlah kumulatif kes sembuh: 198,495 kes (78.9%)
Jumlah kes baharu COVID-19: 3,288 kes
Jumlah kumulatif: 251,604 kes
Jumlah kes aktif: 52,186 kes
Kes tempatan: 3,283 kes (1,889 WN i.e. 57.5%, 1,394 BWN i.e. 42.5%)
Kes import: 5 kes (3 WN, 2 BWN)
Jumlah kematian baru: 14 kes (14 WN)
Jumlah kumulatif kematian: 923 kes (0.37 %)
Jumlah kes di ICU: 285 kes
Pesakit COVID-19 Intubated: 131 kes
Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini melaporkan 3,288 kes baharu Covid-19 berbanding 2,764 semalam dengan 14 kematian.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak 1,929 kes sembuh dilaporkan dalam tempoh sama, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya 198,495.
Katanya, daripada jumlah kes baharu itu, 3,283 adalah penularan tempatan manakala 5 jangkitan di luar negara.
You must be logged in to post a comment.