Saya memang nakal – Elizabeth Tan


Memiliki jumlah pengikut mencecah 1.9 Juta di laman Instagram, penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan atau Lizzy antara selebriti yang aktif di media sosial sehingga mendapat perhatian peminat terutama dari golongan lelaki.

Perkongsian tersebut membuatkan Lizzy sentiasa mendapat komen-komen berbaur lucah gara-gara berkongsi aksi nakal dan manjanya.

Memetik laporan Utusan Online, Lizzy menolak dakwaan bahawa dia sengaja berpenampilan menjolok mata demi meraih perhatian peminat lelaki.



“Saya tahu setiap kandungan dalam media sosial dan apa jenis perhatian yang akan diraih.

Kalau orang kata saya sengaja sajikan kandungan gedlk dan nakal, nak buat macam mana, saya memang nakal!”

Selain itu, menurut Lizzy penampilannya di media sosial masih sopan dan rasional berbanding dengan teman kaum Cina yang lain.

Namun, Lizzy tidak mengambil pusing dengan komen-komen tersebut, malah dia merasa lucu.



Tambah Lizzy lagi, terpulanglah kepada imaginasi masing-masing kerana dia tidak boleh mengawal pemikiran mereka.

TERSEBAR DI MEDIA SOSIAL – ELIZABETH TAN SUDAH KAHWIN?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker