Kapal angkasa Al Amal milik UAE tiba di orbit Marikh

DUBAI: Misi pertama kapal angkasa Arab selamat memasuki orbit planet Marikh hari ini selepas melalui tahap paling kritikal dalam pengembaraannya untuk membongkar rahsia cuaca di Planet Merah itu.

Kapal angkasa dinamakan ‘Al-Amal’, dalam bahasa Arab yang bermaksud ‘Harapan’, dilancarkan di Jepun tahun lalu, antara usaha terakhir dalam program ruang angkasa Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Misi angkasa itu adalah bukti kesungguhan negara yang kaya minyak itu untuk meneruskan kegemilangannya Asia Barat dalam pencapaian budaya dan ilmiah.



UAE negara yang terdiri daripada tujuh kota Arab termasuk Dubai dan Abu Dhabi itu memiliki 12 satelit di orbit serta merancang untuk melancarkan beberapa lagi pada tahun berikutnya.

Cita-cita UAE melangkah lebih jauh, yang mana mereka berhasrat membina penempatan manusia di Marikh menjelang 2117.

Marikh akan capai jarak paling hampir dengan bumi



UAE mempunyai rancangan untuk melancarkan rover tanpa pemandu ke bulan menjelang 2024 dan juga mengawasi projek perlombongan masa depan di luar Bumi serta pelancongan angkasa.

Negara itu menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan syarikat pelancongan ruang angkasa milik Richard Branson, Virgin Galactic.

UAE juga mengumumkan pembentukan ‘mahkamah angkasa’ untuk menyelesaikan pertikaian komersial berkaitan industri angkasa.

Pesawat peninjau ‘Al-Amal’ berlepas dari Pusat Angkasa Tanegashima di selatan Jepun pada jam 6:58 pagi 20 Julai lalu.



Pesawat seberat 1.350 kilogram, kira-kira sama ukuran dengan kenderaan utiliti sukan (SUV), mengambil masa tujuh bulan untuk menempuh jarak sejauh 493 juta kilometer ke Marikh. – AFP

Fenomena Astronomi Unik Dilihat Di Pulau Pinang Selepas 800 tahun



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker