‘DREAM WEDDING’ DENGAN PU RIZ – NEELOFA TERPAKSA KORBANKAN DEK PANDEMIK

Image_1.jpg

“Semua pasangan ada ‘dream wedding’. Saya percaya ramai yang terpaksa korbankan hal ini sebab situasi sekarang sangat tidak mengizinkan. Saya sendiri sudah berbincang juga dengan perancang perkahwinan. Disebabkan pandemik dan kes yang masih tidak surut-surut, banyak perkara yang terpaksa dikorbankan.

“Insya-Allah, kita buat apa yang boleh sahaja. Secara amnya, semua ‘dream wedding’ pasangan bakal suami isteri hancur sebab memang tak boleh buat apa kerana Covid-19,” kata pelakon, pengacara dan usahawan Noor Neelofa.

Neelofa akur apabila terpaksa melupakan perkahwinan idamannya gara-gara pandemik Covid-19. Menurut Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor, 32, berkata banyak perkara yang tidak boleh ditunaikan selepas berbincang dengan perancang perkahwinan.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Sementara itu, bekas hos MeleTOP ini masih belum ada jawapan ketika ditanya mengenai desas-desus yang berkemungkinan perkahwinannya akan dipercepatkan. Katanya, dia akan kongsikan selepas mendapat kata putus yang pasti.

“Dengan keadaan sekarang, banyak perkara yang terhad. Saya sendiri cuba mendapatkan kepastian dengan menghubungi beberapa pihak sama ada sesuai atau tidak untuk mengadakan majlis.

“Banyak perkara yang masih belum jelas. Saya akan kongsi, jangan risau,” jelasnya lagi yang sebelum ini dilaporkan sudah dirisik oleh Pencetus Ummah (PU) Riz, 26, pada 1 November tahun lalu di kediaman keluarganya.

Image_3.jpg

Image_4.jpg

Leave a Reply