Hampir 773,000 menganggur setakat Disember 2020 – Jabatan Perangkaan

Kadar pengangguran meningkat kepada 4.8 peratus atau 772.9 ribu orang pada Disember 2020, lapor Jabatan Perangkaan Malaysia pada Isnin.

Menurut Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, susulan pembukaan semula ekonomi menjelang akhir tahun 2020, bilangan penduduk bekerja meningkat sedikit berbanding bulan-bulan sebelumnya.

“Pada bulan terakhir 2020, walaupun bilangan kes baharu COVID-19 melebihi purata 1,500 kes sehari, aktiviti ekonomi masih dibenarkan untuk beroperasi dengan pematuhan kepada prosedur operasi standard yang ketat.

“Justeru, bilangan penduduk bekerja pada Disember 2020 meningkat 0.1 peratus bulan ke bulan atau bersamaan dengan 19.3 ribu orang kepada 15.22 juta orang setelah mencatatkan penurunan marginal pada bulan sebelumnya.

“Nisbah guna tenaga kepada penduduk yang menunjukkan kemampuan ekonomi untuk mewujudkan pekerjaan kekal pada 65.1 peratus,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengikut sektor ekonomi, penduduk bekerja dalam sektor Perkhidmatan terus mencatatkan trend yang semakin meningkat terutamanya dalam aktiviti Perdagangan borong & runcit; Kesihatan kemanusiaan & kerja sosial; Maklumat & komunikasi dan Pendidikan.

Walau bagaimanapun, guna tenaga dalam industri berkaitan pelancongan seperti Penginapan dan Perkhidmatan makanan; Pengangkutan dan penyimpanan; serta Kesenian, hiburan & rekreasi terus menurun.

Kadar pengangguran Malaysia

Kadar pengangguran Malaysia

Kadar pengangguran Malaysia

Kadar pengangguran Malaysia

Kadar pengangguran

Kadar pengangguran Malaysia

“Dari segi penduduk bekerja mengikut taraf pekerjaan, kategori pekerja yang merangkumi 77.6 peratus daripada jumlah guna tenaga meningkat sebanyak 0.2 peratus kepada 11.81 juta orang berbanding bulan sebelumnya.

“Sementara itu, kategori bekerja sendiri yang merangkumi 15.8 peratus penduduk bekerja, terus mencatatkan pengurangan bagi bulan ketiga sebanyak 0.6 peratus kepada 2.4 juta orang pada Disember 2020.

“Kumpulan ini terdiri daripada penerima gaji harian yang bekerja di pasar tani, pasar malam dan gerai makanan; freelancers; serta pekebun kecil,” kata Mohd Uzir.

Tambah Mohd Uzir keadaan pasaran buruh pada Disember 2020 yang masih dipengaruhi krisis kesihatan dan kesan ekonomi telah memperlahankan momentum pemulihan pasaran buruh.

Justeru pasaran buruh pada Disember kekal kompetitif dengan bilangan tenaga buruh meningkat seramai lebih 27 ribu orang kepada 15.99 juta orang.

Kadar Penyertaan Tenaga Buruh (KPTB) pada Disember adalah pada 68.4 peratus.

Bagi suku ke empat 2020 pula, Mohd Uzir berkata keadaan pasaran buruh bertambah baik susulan pembukaan semula ekonomi.

Kadar pengangguran Malaysia

Kadar pengangguran Malaysia

Kadar pengangguran Malaysia

Kadar pengangguran Malaysia

Kadar pengangguran Malaysia

Kadar pengangguran Malaysia

“Keadaan pasaran buruh bertambah baik secara beransur-ansur dengan tenaga buruh dan guna tenaga terus meningkat berbanding suku sebelumnya, masing-masing mencatatkan 15.92 juta orang dan 15.16 juta orang.

“Sementara itu, bilangan penganggur meningkat kepada 760.7 ribu orang dengan kadar pengangguran pada 4.8 peratus,” katanya.

Mohd Uzir berkata bagi tahun penuh 2020 pula, kadar pengangguran meningkat kepada 4.5 peratus, kadar tertinggi yang dicatatkan sejak 1993 (4.1%).

“Sepanjang tahun 2020, berdasarkan data purata suku tahunan, KPTB pada tahun 2020 menurun 0.3 mata peratus kepada 68.4 peratus (2019: 68.7%).

“Dalam tempoh sama, bilangan penduduk bekerja menurun 0.2 peratus kepada 15.1 juta orang.

“Penurunan kecil ini disebabkan oleh ketidaktentuan dalam pasaran buruh susulan krisis kesihatan dan ekonomi pada tahun ini.

Mohd Uzir berkata krisis kesihatan memberi impak yang besar kepada tenaga buruh dan menyebabkan kadar pengangguran mencecah lebih 4 peratus berbanding kadar purata 3 peratus yang direkodkan dalam tempoh sebelum krisis.-Awani

600,000 hilang kerja akibat PKP

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker