Memalukan.. Bungkusan Berbalut Seluar Dalam Wanita, Pelanggan J&T Express Tuntut Hak..

Belum pun reda isu tular tujuh pekerja J&T Express Perak yang terlibat dalam insiden membaling barang pelanggan, semalam seorang wanita pemilik akaun Facebook Mamaayu Admia Ayunormaslinda melalui satu status yang dimuatnaik memaparkan satu lagi tindakan yang dilihat kurang sopan apabila bungkusan yang diterima melalui syarikat penghantaran itu berbalut seluar dalam wanita.

Terdahulu, menerusi video berdurasi 57 saat yang dimuat naik melalui Facebook J&T Express Malaysia-Perak, seorang daripada pekerja terbabit menafikan terdapat isu dalaman atau potongan gaji membabitkan pekerja dan syarikat itu.

Melalui status yang dimuatnaik itu, wanita tersebut menulis;


Sangat mengecewakn kami sebagai seller dn juga Customer
Hari ni barang yang husband order sampai
Dengan box dibalutkan menggunkan seluar dalam ni. Sangat2 melampau.
Barang memang dalam keadaan baik
Kotak kemek habis saya tak kisah sangat
Tapi kenapa sampai dalam keadaan mcm ni. 😥😥
.
Pihak atasan J&T tolong selesaikan masalah ini. Hak saya sebagai pengguna
Jangan kerana nila setitik habis susu sebelanga.
#TolongAmiktindakantegas
#jntexpressmalaysia

Menurut wanita berusia 32 tahun itu, kotak barang yang dipesan dari Station 18 di Ipoh itu diterima suaminya kira-kira pukul 7 malam, semalam.

Katanya, ketika menerima kotak berkenaan, ia bukan sahaja dalam keadaan kemek, terbuka dan tidak dibungkus malah disarung seluar dalam berwarna merah jambu.

“Pada mulanya suami tidak sedar yang itu adalah seluar dalam sebaliknya menyangkakan ia adalah stokin.

“Dia sempat bertanya kepada pekerja syarikat berkenaan, mengapa kotak pesanan itu dalam keadaan sedemikian namun mereka mendakwa tidak tahu sebaliknya ia memang diterima dalam keadaan itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, dia ada berhubung dengan penjual di Station 18 berhubung perkara itu di mana mereka memberitahu telah menghantar pesanan itu ke Melaka dalam keadaan baik dan berbungkus.

Katanya, dia juga ada merujuk mengenai perkara itu di pejabat syarikat penghantaran tersebut di Batu Berendam dan mereka memaklumkan akan menyiasat insiden berkenaan.

“Sebagai pembeli, saya kecewa apabila menerima bungkusan yang dipesan dalam keadaan rosak tambahan lagi ia turut disarungkan dengan seluar dalam.

“Sehingga sekarang saya tidak faham mengapa pekerja syarikat itu tidak menanggalkan terlebih dahulu seluar dalam itu sebelum menghantar pesanan kepada kami? Tindakan mereka sangat keterlaluan,” katanya. – K! ONLINE

Cabul, simpan seluar dalam pesakit kerana pengaruh rakan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker