Sakit Abah! Ya Allah Tolong Selamatkan Baem,” Anak Aliff Syukri
Usahawan kosmetik popular, Datuk Aliff Syukri membawa anak lelakinya, Ibraheem Adham menjalani proses berkhatan.
Menerusi posting terbaharu di akaun Instagramnya, Aliff berkongsi momen Ibraheem atau lebih mesra dengan panggilan Baem selepas menjalani proses tersebut.
Video pendek yang dimuat naik Aliff merakamkan gelagat Baim yang tersenyum dan teruja untuk melakukan proses berkhatan.
Namun lain pula jadinya selepas selesai berkhatan dan keberkesanan ubat bius hilang, Baem kemudiannya meraung dan menangis teresak-esak menahan sakit.
“Sakit Abah! Dia macam pedih! Lepas tu pedih glla lepas tu sakit! Ya Allah tolong. Tolong selamatkan Baem…” teriaknya.
https://www.instagram.com/tv/CK6iKHFJ7E2/?igshid=8c84p7b6gyow
Bagaimanapun, pujian harus diberikan kepada Aliff kerana begitu tenang melayan ragam Baem.
Menerusi entri yang sama, Aliff juga turut mengimbas kembali kenangannya ketika berkhatan suatu ketika dahulu.
“Hari ni abang bawa anak abang @baemadhamterlajaklaris untuk pergi bersunat. Pengalaman sunat masa kini, sangat moden dan tak sama macam zaman dulu.
“Bila imbas kembali zaman dulu, teringat jahitanan kat ***** yang mengerikan. Siap berdarah-darah, sekarang semua main laser dan mesin, darah pun tak ada. Hebatkan,” kongsinya.
Dalam pada itu menerusi ruagan komen, rata-ratanya mendoakan kesembuhan Baem selain terhibur dengan gelagat anaknya.
Aliff mendirikan rumah tangga dengan Datin Seri Shahida pada Ogos 2007.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan lima cahaya mata, Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi dan Raudhah Arshiyah.
You must be logged in to post a comment.