[VIDEO] Al-Fatihah: Tak Sempat Merasa Duit I-Sinar, Suami Dijemput Ilahi 😥

‘Patut Lah Malam Tu Dia Bersungguh Suruh Mohon KWSP..’

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah ungkapan paling sesuai menggambarkan situasi yang dialami wanita ini selepas kehilangan suami tercinta.

Lebih menyedihkan apabila mengetahui hasrat arwah untuk membaik pulih dan membayar hutang menggunakan duit I-Sinar juga tidak kesampaian.

Berkali-kali mohon I-Sinar

Kisah sedih ini dikongsikan oleh seorang wanita yang dikenali dengan nama Ariahni Eny di laman Facebooknya. Menurut wanita ini, pemergian suaminya itu berlaku secara tiba-tiba.

Sebelum suaminya meninggal dunia, arwah ada meminta pertolongannya untuk membuat permohonan KWSP I-Sinar bagi kategori kedua memandangkan kategori pertama masih lagi dalam proses.

Sebelum arwah suami meninggal, sibuk suruh mohon KWSP dia. Nak buat repair rumah dengan bayar hutang. Sanggup telefon kawan dia ambilkan gambar slip gaji dia. Nak try mohon untuk yang ke-2, sebab yang pertama dalam proses. Jadi kita mohon yang ke-2, hantar dokumen.

Tepat pukul 12 malam, arwah suami suruh buat. Aku pun buat lah, tapi tak boleh. Sistem tergendala. Pukul 1 lebih arwah kejut, suruh try buat lagi sekali. Tapi masih tengendala. Susah betul nak dapatkan duit kita sendiri. Bermacam-macam syarat.

Difahamkan, arwah berhasrat menggunakan duit tersebut untuk membaiki rumah dan membayar hutang.

Arwah sudah terbaring, tak bergerak

Namun siapa sangka, sekitar jam 6 pagi, arwah telah pergi buat selama-lamanya. Kejadian itu disedari oleh ibu kepada empat orang anak ini yang berasa pelik melihat suaminya berada dalam keadaan terbaring sedangkan selama ini arwah dikatakan tidur dalam posisi duduk. Dia kemudian mendekati si suami dan mengakui sangat terkejut melihat arwah sudah tidak bergerak.

Pukul 6 lebih, aku bangun tengok suami dah terbaring. Sebab selama ni, arwah suami memang tak pernah tidur baring. Dia akan tidur duduk. Allahhuakbar, perasaan terus jadi tak sedap, ambil telefon buka torchlight. Tengok tak bergerak. Buka lampu, kejut-kejut, arwah memang dah tak bangun.

Arwah dah meninggalkan aku dan 4 orang anak kami untuk selamanya. Patut lah malam tu dia bersungguh-sungguh suruh aku mohon KWSP dia. Al-Fatihah (dibaca). Semoga arwah suami ku Mohd Afizinorisham Bin Md Fauzi tenang di sana Aamiin.😥

Dalam kesempatan itu, wanita ini meminta orang ramai supaya mendoakan supaya arwah tenang di sana dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.-OhBulan

Sebaknya…

Sumber: Ariahni Eny

Leave a Reply