Kit Siang Bidas Mahahir, Sendiri Letak Jawatan Mahu Salahkan Orang Lain
Meluat dengan tindakan Mahathir yang kerap menunding jari atas kesalahannya sendiri hari ini vateran DAP Lim Kit Siang secara berterus terang menyatakan tindakan Mahathir meletakkan jawatan sebagai perdana menteri tahun lalu sehingga Kerajaan Pakatan Harapan tumbang merupakan satu keputusan yag salah.
Pemimpin De Facto DAP itu menambah, lebih malang sehingga kini Dr. Mahathir tidak mahu memikul tanggungjawab atas kesalahan yang dia telah lakukan.
Pada ketika Dr. Mahathir meletakkan jawatan, Ahli Parlimen Langkawi itu masih mempunyai sokongan majoriti ahli Parlimen untuk terus menjadi perdana menteri.
“Memang malang bahawa Mahathir masih enggan memikul tanggungjawab atas kesalahan besarnya ketika mengundurkan diri sebagai Perdana Menteri ketika dia mendapat sokongan majoriti ahli parlimen, dari anggota parlimen Pakatan Harapan, Warisan dan bahkan Bersatu,” kata Kit Siang.
Kit Siang membuat kenyataan tersebut selepas terkejut namanya disebut dalam tulisan Dr. Mahathir semalam.
https://mykmu.net/2017/01/02/pakatan-kit-siang-tun/