Akhirnya Muzammil dilantik Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Peneraju

YAYASAN Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju), mengumumkan pelantikan Mohd Muzzammil Ismail sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharunya.

Yayasan itu dalam satu kenyataan menyatakan pelantikan Mohd. Muzzammil, 31, akan meneruskan kesinambungan usaha agensi itu, meningkatkan bakat golongan bumiputera dalam bidang ekonomi berpendapatan tinggi melalui pendidikan akademik, pensijilan profesional dan vokasional.

Mengulas mengenai pelantikan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata beliau yakin Muzzammil akan dapat menjalankan tugas dengan baik bersama tenaga kerja yayasan tersebut.

“Pengalaman bekerja dengan pelbagai agensi kerajaan dan institusi pengajian tinggi pada masa lalu, akan dimanfaat untuk beliau memimpin Yayasan Peneraju mencapai matlamat melahirkan lebih ramai guna tenaga seperti di negara maju, daripada berintensifkan buruh kepada ekonomi bernilai tinggi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.



Mohd. Muzammil sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Felo Akademik di Universiti Utara Malaysia, pegawai penyelidik di Universiti Sains Malaysia dan Universiti Malaya, termasuk berkhidmat di beberapa firma juruukur dan perancang bandar seperti Think-City Geografia dan BLT Architect.

Tular surat Calon Ketua Armada pohon jawatan GLC di Kedah.

Lobi Untuk Jawatan GLC di Kedah Bukan Satu Kesalahan – Calon Ketua Armada



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker