Hakim kes SRC International dinaikkan pangkat ke Mahkamah Rayuan?


HAKIM Mahkamah Tinggi yang menendalikan kes syarikat SRC International melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dipercayai akan dinaikkan pangkat.

Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali didakwa akan dinaikkan pangkat untuk menjadi Hakim Mahkamah Rayuan.

Bagaimanapun, makluman didedahkan itu masih lagi hanya khabar angin, namun jika benar berlaku transisi berkenaan, ia pasti memberi kesan kepada kes Najib Razak di peringkat rayuan.

Ini kerana rayuan bagi kes pecah amanah dan salah guna kuasa melibatkan bekas Menteri Kewangan itu akan bermula pada 15 Februari ini.

“Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada Hakim Nazlan (Mohd.).

“Saya terpaksa cakap bahawa kita mendengar khabar angin, tuan-tuan boleh dengar, tetapi percaya tak payah.

“Saya mendengar khabar angin bahawa Hakim Nazlan akan menerima kenaikan pangkat sebagai Hakim Mahkamah Rayuan.

“Bukan senang kerja yang beliau buat, daripada hakim mahkamah komersial, mula-mula hakim Saufi Razak (kes), menjadi hakim kes Datuk Seri Najib Tun Razak.”

Demikian pendedahan dibuat oleh Presiden Laskar Siber Malaysia, Datuk Lokman Noor Adam dalam satu sidang video secara langsung menerusi Facebooknya.

Sebelum ini media turut melaporkan Mohd. Nazlan dipindahkan kembali ke Mahkamah Tinggi Komersial selepas penghakiman kes SRC International selesai.

Untuk makluman, Mohd. Nazalan menjatuhkan hukuman kepada Najib Razak iaitu penjara 12 tahun dan denda RM210 juta kerana ddapati bersalah dalam kes penyelewengan dana dalam SRC International.

Menurut Lokman, percaturan pertukaran Mohd. Nazlan bermula sejak Pakatan Harapan memerintah dan Perdana Menteri ketika itu Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tan Sri Richard Malanjum dipilih sebagai Ketua Hakim Negara.

Kemudian, bagi mengendalikan kes Najib Razak, Mohd. Nazlan dipindahkan daripada Mahkamah Tinggi Komersial ke Mahkamah Tinggi Jenayah.

“Tiba-tiba baharu seminggu, bila mana Ketua Hakim Negara (Tun Md. Raus Sharif) diarahkan untuk berhenti, kemudian Dr. Mahathir melantik seorang hakim yang bernama Richard

“Iaitu hakim yang telah memutuskan supaya Lina Joy dibenarkan murtad dan juga dalam kes melibatkan M. Indira Ghandi.

“Beliau telah memutuskan ketiga-tiga anaknya dibenarkan untuk ditukar status agamanya.

“Hakim ini tuan-tuan bila beliau dilantik menjadi Ketua Hakim Negara, Nazlan telah dipindahkan daripada seorang hakim yang mengendalikan kes-kes jenayah sivil kepada kes Najib Razak untuk mengendalikan kes SRC International.

“Kita semua tahu beliau tiada pengalaman dalam bidang jenayah, tiba-tiba diberikan peranan untuk menjadi hakim kes yang berprofail tinggi.

“Hari ini apabila kerjanya sudah selesai meletakkan Najib Razak sebagai seorang yang dijatuhkan hukuman 12 tahun penjara dan denda RM210 juta, maka beliau dikembalikan ke Mahkamah Sivil.

“Rupa-rupanya hari ini, Alhamdulillah dengar khabar beliau akan dinaikkan pangkat kepada Hakim Mahkamah Rayuan. Tak sia-sia kerja yang dibuat.

“Tetapi kena ingat satulah… you can get all kind of remuneration for what you have done to Najib Razak.

“Don’t forget, in akhirat you will get something better,” dakwanya.

Dalam pada itu, beliau turut mendakwa percaturan yang berlaku ini turut datang daripada Menteri Kanan Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Dakwanya, Mohamed Azmin juga terlibat untuk percaturan melantik peguam Datuk Shamsuddin sebagai Peguam Negara bagi menghentikan kes hubungan seks luar tabii bersama Haziq Abdullah Abdul Aziz.

“Beliau kerjanya mencatur, sekarang ini Mohd. Nazlan sudah pergi, bakal pergilah saya dengar, jadi Hakim Mahkamah Rayuan.

“Kemudian, beliau hantar pula Datuk Shamsuddin untuk menjadi Peguam Negara, jadi bila beliau letak Datuk Shamsuddin di situ, memang sampai bila pun kesnya dengan Haziq akan ‘mati’, tak akan didakwa di mahkamah,” jelasnya. SM

307 sebab kenapa saya patut dibebaskan dalam kes SRC, Najib beritahu mahkamah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker