Caprice dan isteri disihir?

Caprice dan isteri disihir?

Kerap mengalami masalah sukar tidur, penyanyi rap sensasi Caprice tidak menyangka dirinya menjadi mangsa gangguan sihir.

Menurut Caprice dalam satu hantaran Instagram, isterinya, Farra Inalis turut menjadi mangsa ilmu hitam tersebut.



Disebabkan masalah tidur yang berlarutan, pelantun lagu Baby Sayang itu terpaksa mengambil ubat untuk menangani perkara tersebut.

“Pada awalnya saya fikir tidur selama tiga hingga empat jam adalah perkara biasa kerana banyak kerja sejak kebelakangan ini.

“Saya pun pelik mengapa masih bertenaga sedangkan waktu tidur tidak mencukupi. Sampaikan sudah ambil ubat tidur pun tetap tidak berkesan,” katanya dalam satu hantaran Instagram.

Ujar pemilik nama lengkap Ariz Ramli itu, keadaan tersebut dikesan selepas dia menerima rawatan daripada seorang pakar perubatan Islam yang dikenali sebagai Tok Singa.



“Akhirnya sahabat saya, Tok Singa yang datang dari Kedah merawat dan kenal pasti bahawa ada unsur sihir.

“Insya-Allah saya dan isteri dapat lawan dan segera sembuh,” katanya lagi.

Caprice sebelum ini sering menjadi mangsa kecaman orang ramai apabila kerap ‘campur tangan’ dalam beberapa isu hangat termasuk kes mahkamah melibatkan keluarga ternama. K Online

Caprice dan isteri disihir?




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Adakah Muhyiddin masih anggap PAS parti ‘ajaran sesat’ [VIDEO]



Nadia Brian dikritik, sampai nampak bonjol payudara ( Video)

Kostum bertanduk, Fasha Sandha teruk ‘ditarbiah’ netizen



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker