Penyelia tapak maut kereta dihempap kren

KUANTAN: Seorang penyelia tapak maut selepas keretanya dihempap kren yang dipercayai mengalami masalah brek di tapak projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Kampung Belimbing, Maran, kira-kira 60 kilometer dari sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 8.45 pagi itu, Mohd Thaariq Asyraf Misbah, 29, dari Masai, Johor maut di tempat kejadian akibat tersepit di dalam kereta Toyota Corolla yang dipandunya.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Superintendan Kamarulzaman Jusoh, berkata siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila kren itu mengelongsor ke belakang akibat brek tidak berfungsi ketika pemandunya berusia 48 tahun cuba mengundurkan jentera berat itu di kawasan yang agak bercerun.

Selepas konkrit lebuhraya kini giliran besi menara kren pula

Kamarulzaman berkata, kejadian berlaku ketika mangsa yang juga bekerja di situ dikatakan sedang meletak kenderaan berkenaan yang didaftarkan atas nama sebuah syarikat pembinaan.

Pemandu kren berasal dari Gelang Patah, Johor dilaporkan tidak cedera.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Jengka, Maran untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

Hina Islam, penyelia kilang didenda RM6,000

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker