Peningkatan Kes Mengerikan, Singapura Gantung Kebenaran Rentas Sempadan Malaysia

Singapura menangguhkan kebenaran rentas sempadan dengan Malaysia di bawah inisiatif Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) selepas negara ini mencatatkan peningkatan kes Covid-19.

Selain Malaysia, Kementerian Luar Negeri Singapura juga mengumumkan penangguhan RGL dengan Jerman dan Korea Selatan.

RGL merupakan inisiatif yang membolehkan perjalanan rentas sempadan dilakukan dengan langkah kawalan yang ketat.

Penangguhan ini berkuatkuasa pada 1 Februari dan akan berlangsung selama tiga bulan.

Bagaimanapun, mereka yang telah mendapat kebenaran untuk melakukan perjalanan di bawah RGL masih boleh melakukan rentas sempadan, kata kementerian itu.

Malaysia semalam merekodkan angka tertinggi kes jangkitan Covid-19 iaitu sebanyak 5,725.

Mengejutkan: Polis Kelantan lulus lebih 52,000 kebenaran rentas daerah, negeri

Kedua-dua negara berjaya menangani wabak Covid-19 pada peringkat awal.

Namun penularan wabak di asrama pekerja di Singapura menyaksikan kes Covid-19 melonjak pada April tahun lalu.

Malaysia pula mengalami lonjakan tiga angka pada Mac tetapi berjaya mengawal penularan virus itu pada pertengahan Jun.

Bagaimanapun, Malaysia menghadapi gelombang ketiga Covid-19 yang merebak secara meluas selepas pilihan raya Sabah pada September.

Kes baru terus meningkat walaupun usaha dilakukan selama empat bulan bagi membendung virus tersebut.

Malaysia pada masa ini melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang bakal berakhir 4 Feb ini.

Rentas negeri tidak lagi dibenarkan di seluruh negara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker