Muhyiddin letak jawatan, titah Agong tetap terpelihara

BERDASARKAN kepada Perlembagaan Persekutuan, titah Yang di-Pertuan Agong terhadap penguatkuasaan Perintah Darurat tetap berjalan walaupun Perdana Menteri meletakkan jawatan.

Justeru, tidak ada kebimbangan terhadap pentadbiran negara apabila Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatannya.

Malah nasihatnya juga dikatakan tidak penting terhadap dalam waktu keabsahannya dipertikaikan kerana Proklamasi Darurat adalah bidang kuasa Agong.

Agong boleh memberi perkenan atau menolak nasihat untuk melaksanakan Proklamasi Darurat pada ketika baginda mengetahui keperluan negara terhadap perintah tersebut.

Oleh demikian, tidak menjadi satu isu untuk terus mendesak supaya Muhyiddin meletakkan jawatannya dan meninggalkan pejabat Perdana Menteri.

“Kalau ikut sekarang ini, di bawah Ordinan Kuasa-Kuasa Khas No. 1 untuk darurat 2021, terdapat satu seksyen sudahpun menggantung pilihan raya.

“Jika pun lima tahun selesai dan dibawah ordinan yang wujud jika darurat masih diteruskan pilihan raya tetap ditangguh.

“Jadi pilihan raya, sekarang ini dari sudut apa yang wujud, tidak kewajiban untuk dijalankan dalam tempoh tiga tahun.

“Jadi kenapakah Agong, perlu melantik sesiapapun tanpa pilihan raya menjadi Perdana Menteri.”

Demikian kata peguam kanan, Haniff Khatri, menjelaskan situasi dimana pihak yang mempersoal tindakan pengisytiharan darurat sebagai menderhaka kepada Agong.

Terdahulu, Muhyiddin dalam Perutusan Khas Darurat pada 12 Januari memaklumkan beliau menghadap Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah untuk mendapatkan perkenan baginda bagi melaksanakan darurat.

Namun, sebelum itu, Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob, dalam satu sidang akhbar pada 9 Januari mengisytiharkan tidak lagi menyokong Muhyiddin dan Kerajaan Perikatan Nasional.

Oleh demikian, keabsahan Muhyiddin pada ketika beliau menghadap Agong dipertikaikan kerana beliau sepatutnya memaklumkan kepada baginda bahawa sudah tidak lagi mempunyai sokongan untuk menjadi Perdana Menteri.

Dalam pada itu, ketika temubual disiarkan secara langsung dalam Facebook Jom Channel bersama moderator Zawazi Yusof, malam ini, Haniff menambah soal perlanjutan tempoh darurat juga adalah prerogatif Agong.

Meskipun Perdana Menteri atau sesiapapun yang menasihatkan baginda untuk melanjutkan tempoh  darurat, itu adalah di bawah keputusan baginda.

“Dalam Perkara 150 (Darurat) Fasal 8, ada perkara yang mengatakan bidang kuasa mahkamah adalah dihalang berkaitan kepuasan hati Agong dalam mengisytiharkan darurat, pengurusannya, kewujudan ordinan dibawahnya dan tidak boleh dicacabar perlanjutan mana-mana darurat itu mahu dilanjut.

“Ini dinyatakan tidak boleh dibawa ke mahkamah, bukan macam pengampunan.

“Kita kena tahu, kalau kita bawa ke mahkamah pun, mahkamah sendiri tak boleh tengok, sebab sudah dinyatakan dalam Perlembagaan (Persekutuan).

“Bukan di bawah undang-undang, tetapi perlembagaan. Mahkamah tak ada bidang kuasa apatah lagi mencipta bidang kuasa melanggar Perlembagaan.

“Melainkan ada permohonan membatalkan untuk mengatakan peruntukan itu tidak sah, tetapi itupun sukar untuk dilakukan bagi saya,” jelasnya. – SM

One thought on “Muhyiddin letak jawatan, titah Agong tetap terpelihara

  • January 29, 2021 at 22:56
    Permalink

    Jefry knp takut dengan parti pas? Sabah itu bukan punya jefry kitingan ,rakyat malaysia semua berhak di belahan mana negeri2 dlm malaysia….

    Reply

Leave a Reply